Resepi Sos Lemon.

Image may contain: food

Resepi Sos Lemon.
Sesuai dimakan bersama ayam panggang / ayam goreng buttermilk pengganti sos nasi ayam

Bahan2 Kisar Halus
2batang serai
1biji bawang besar – saiz sederhana
6ulas bawang putih
1inci halia
1inci lengkuas

1 biji lemon (perah – ambil air sahaja)
2sb butter
4sb tepung jagung
4cawan air
Garam
Gula
Perisa

Cara2
1. Kisar serai, bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas guna 1 dari 4 cawan air.
2. Panaskan periuk / kuali dan masukkan butter.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
4. Bancuh 3cawan air dengan 4sb tepung jagung.
5. Masukkan garam, gula dan perisa secukupnya. Masak hingga mendidih.

Nota:
Jika suka masam boleh tambahkan lagi perahan lemon (kalau xde boleh ganti dengan cuka). Kalau suka kuah pekat boleh tambahkan lagi tepung jagung.