Trip To Bali

Yang lawaknya dekat bali ni banyak sangat mat salleh, dah macam bukan indonesia. Pastu orang tempatan kat sini semuanya baik sangat, sopan santun tutur bicaranya…tidak ada sesiapa terasa jika berkata-kata, dan mereka disini semuanya percaya kepada KARMA…apa maksud KARMA sebenarnya Hukum Karma“apakah itu hukum karma?”Hukum Karma adalah falsafah di dalam agama Hindu dan Buddha, Ia bermaksud Pembalasan.

Idea disebalik hukum karma itu adalah..” Manusia yang buat baik akan menerima pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation”Jika seorang manusia buat jahat seperti merompak, mencuri, memukul orang, kurang ajar kepada mak bapak, maka ia akan dibalas dengan kejahatan contohnya eksiden jatuh gaung, tempang kaki, jadi buta dan bisu.

Jika tidak dibalas secara tunai, apabila mereka mati, mereka akan dilahirkan semula menjadi makhluk yang lebih hina contohnya seperti anjing kurap, lipas, babi atau apa saja binatang yang hina. Mungkin juga mereka akan dilahirkan semula sebagai manusia yang tidak cukup sifat, tempang, buta dan pekak .

Sebenarnya di Bali saya lebih prefer untuk santai dan relax, sebab suasana disini lebih tenang dan mereka juga tidak memaksa jika kita menolak sesuatu itu. Keadaan kenderaan di Bali kebanyakkan mereka lebih gemar berkederaan bermotor berbanding kita di Malaysia. Perbezaan dari segi pemakanan pula memang jauh beza kita di Malaysia lagi sebab mereka lebih gemar makanan yang goreng2 berbanding kuah, serta adat mereka di sini juga lebih percaya kepada patung berhala, sebab di sana sini ada saja hiasan berhala atau patung kepercayaan mereka, dan bila kita perhatikan bentuk rupa berhala mereka agak menakutkan ……huhuhu itu saja yang boleh saya komen.

Tibanya saya dari lapangan terbang tadi, langsung bawa makan ke makanan popular di area Kuta, Nasi Pedas. Memang nasi pedas di area kuta ni memang sedap sangat…dan pedas dia x sama mcm masakkan nasi di Malaysia, dan mereka pun pandang kita atas bawah bila kalau kita kemana-mana saja sebab kita jadi orang asing di situ. Helloooo yg peliknya kau kt sini ? hahahaha geli hati sekejap…..hehehe memanglahh weiiiii hehehe…. Apa2 pun memang bali terbaik.