Resepi Durian Cuppocino Cheesecake
Loyang : 9inci
Bahan2 Crust
150gm Biskut Merie (dikisar halus)
50gm Oreo (asing krim dan kisar halus)
1sk Cuppocino Powder
70gm SCS Butter Unsalted (dicairkan)
Cara2
1. Tuang biskut merie, oreo dan Cuppocino powder dalam bekas dan kacau sebati.
2. Masukkan butter yang dah dicairkan dan kacau rata.
3. Gunakan loyang loose bottom dan alaskan plastik di bawahnya.
4. Tuang adunan, rata dan padatkan dalam loyang
5. Simpan seketika dalam peti sejuk
Bahan2 filling
40gm Gelatine
60ml Air Panas Mati
300gm Non Dairy Whipping Cream (vivo)
300gm UHT Whipping Cream Anchor
250gm Cream Cheese
120gm Gula Halus / Kastor
400gm Isi durianĀ
2sb Cuppocino powder
50ml air panas
Cara2
1. Taburkan geletin dalam bekas berisi air panas mati. Biarkan seketika.
2. Pukul Non Dairy whipping cream hingga gebu dan bertanduk. Masukkan dalm mangkuk besar.
3. Pukul UHT Whipping Cream Anchor hingga kembang bertanduk. JANGAN OVERMIX NANTI BERKETUL DAN TAK BOLEH DIGUNAKAN. Tuang kw dalam mangkuk berisi Non Dairy Whipping Cream
4. Double boil kan geletin hingga betul2 cair
5. Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati
Masukkan durian dan pukul lagi hingga sebati.Tuang gelatin yang telah dicairkan ke dalam. Kacau hingga sebati.
6. Campurkan Cuppocino powder ke dalam air panas. Kacau hingga sebati. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi cheese dan kacau lagi hingga sebati.
7. Tuang adunan cheese ke dalam bekas berisi 2jenis whipping cream tadi dan kacau lagi hingga sebati.
8. Tuang adunan ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.
9. Simpan dalam peti beku 4 jam atau semalaman.
10. Keluarkan dari loyang dan hiaskan ikut suka..
Selamat mencuba