Ketahui tanda dan maksud disebalik kesakitan pada badan.
Ema Tunz kesihatan
KETAHUI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kerana maklumat ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa apa pun, kalau ada permasalahan dengan tubuh badan cecepat lah pergi ke klinik atau hospital.
Tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu kerana berhubung kait dengan fungsi badan tertentu. Umumnya orang salah faham akan perkara ini.
Walaupun sakit hanya datang dalam waktu relatif cepat je sihat semula, namun mungkin sakit tu dapat bagi clue atau hint yang kita ni sebenar nya sakit apa.
1. MATA (BERKAITAN KEADAAN HATI)
Mata merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata jadi merah mengisyaratkan tubuh kita lagi tengah dalam sistem pembuangan racun. amazon, ivermectin, panecure
Mata kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Mengisyaratkan sistem penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Manfaat hati lemah, pembuangan toksin tengah berlaku. Ini boleh tunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Masalah emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
2. HIDUNG (BERKAITAN PARU-PARU & KERONGKONG)
Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong atau proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
Keluar kahak: Proses buang toksin di bahagian kerongkong.
Tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang terlalu berlebihan. Umumnya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan ubatan tertentu.
Rasa gatal di kerongkong: Sistem buang racun di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
Rasa kering: Sistem buang racun sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah isyarat bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk buang racun.
Sakit kerongkong: Seperti diatas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (BERKAITAN SISTEM PENGHADAMAN)
Bibir pucat: Sistem penghadaman lemah. Atau perut ada angin. Atau kurang darah disebabkan sistem penghadaman yang kurang sempurna dan menyebabkan kekurangan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan racun.
6. MULUT DAN LIDAH (BERKAITAN JANTUNG & SISTEM PENGEDARAN DARAH).
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Jantung ada masalah, seperti lemak yang terlalu berlebihan, injap jadi lemah, saluran koronari tersumbat dan sebagainya lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi jadi pecah-pecah (ulser): Mengisyaratkan darah mengandungi asid terlalu berlebihan.
Mulut berbau busuk: Sistem mengimbangi manfaat perut untuk pembuangan racun.
7. TELINGA (BERKAITAN BUAH PINGGANG).
Terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi racun terlalu berlebih.
Berdengung: Tengah menjaga buah pinggang yang lemah. Umumnya tapak kaki merasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT BERPELUH.
Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan singkirkan racun melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL: Badan singkirkan racun berlemak serta racun yg tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Sistem singkirkan racun melalui kulit disebabkan terlampau banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR: Sistem pembuangan racun yang larut dalam air.
12. RAMBUT GUGUR: Mengisyaratkan manfaat buah pinggang yang lemah. Selepas sistem gugur, rambut bakal tumbuh awal mulanya dengan lebih sihat serta subur.
KETAHUI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Bahagian sendi: Jika rasa panas, ada luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda isyarat penyakit pirai (gout). Jika tak panas, itu adalah lenguh (rheumatism). Sakit sendi di bahu pula mengisyaratkan saluran darah mengeras serta manfaat metabolisme tak seimbang.
Kebas tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas tangan kiri dan lengan: Isyarat tanda lemah atau sakit jantung. Bila rasa kebas jadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini mengisyaratkan serangan sakit jantung mungkin sahaja berlaku. effects of ivermectin overdose in sheep
Kebas kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit tapak kaki: Mengisyaratkan buah pinggang lemah. Umumnya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlampau lama.
Sakit tumit kaki: Tunjuk kekurangan manfaat alat kelamin.
Rasa panas di tapak kaki: Penyeimbangan manfaat buah pinggang disebabkan lemah tenaga batin.
Gatal di celah jari kaki: Tunjuk isyarat awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala: Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/ sakit dibahagian depan kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. como tomar la ivermectina de 6mg covid
Pening/ sakit di bahagian belakang kepala: Bahagian atas menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) menunjukkan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit, terasa gas keluar dari telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisul di kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa pening: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
KETAHUI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA
15. MULUT / KERONGKONG / LIDAH
Loya dan muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah darah: Warna merah menunjukkan pembuangan tisu rosak di bahagian kerongkong. Darah warna hitam berkaitan pembuangan tisu rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
Kerap kencing: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
Air kencing berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air kencing berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Pekat berwarna coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air kencing berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
Cirit birit, kerap buang air besar: Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis berdarah: Warna merah menunjukkan masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Najis berdarah hitam menunjukkan masalah penyakit ulser perut.
Najis berwarna hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
Rasa sakit: disebabkan saluran darah. Sakit menyucuk – proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal menandakan luka di dalam badan. Sakit menyentap pula adalah proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. Sakit menegang berkaitan proses melancarkan pengaliran darah.
Badan rasa berat, malas dan lenguh: Mengandungi asid berlebihan.
Badan terasa panas: Menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan rasa ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH / MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.
Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis