KULIT PUTIH ATAU SIHAT?

KULIT PUTIH ATAU SIHAT?

Wanita Greek dan Roman guna cat atau kapur (rawatan pemutihan kuno), namun hakikatnya mereka bahayakan diri sebab cara ni boleh menyebabkan kematian.

Pasaran produk pencerah di Asia cukup besar terutama di Jepun dan Korea. Mereka ini sangadd obses nak putih, dah cuba bermacam cara termasuk mengisar mutiara jadi bedak dan menelannya! Ok yang ni seram

Selain faktor keturunan, sebab lain mengapa kulit kita berbeza warna:
– Kadar pengeluaran melanin menyebabkan warna kulit berbeza.
– Pigmentasi disebabkan cahaya matahari, pencemaran dan usia.

Warna kulit ada kaitan jumlah dan pengeluaran melanin, bukannya kepekatan melanin. Malah, jumlah sel melanin sama untuk semua bangsa. Bagaimanapun, sel melanin untuk kulit gelap lebih tebal dan panjang.

Fungsi enzim tyosinase juga mempengaruhi sel melanin. Sel melanin kulit gelap 10 kali lebih kegiatan tyosinase dan mengeluarkan 10 kali lebih melanin berbanding kulit putih.

Pencerahan dan pemutihan melalui proses meluntur (skin bleaches) guna hydroquinone (pada jumlah kecil).

Rawatan meluntur kulit biasanya untuk masalah melasma (bahagian gelap pada tempat tertentu disebabkan pengeluaran melanin berlebihan). Hydorquinone hanya selamat digunakan untuk jangka masa pendek, selalunya untuk sebulan.

Hydroquinone cuma boleh guna kat melasma berkaitan kulit bertompok, bukan untuk sel kulit biasa (dapatkan pengesahan doktor).

Namun, ada sesetengah pengeluar kosmetik yang menyalahgunakan bahan ini.

Begitu juga penggunaan raksa (mercury), jika kandungannya tak ikut sukatan yang dibenarkan, boleh menyebabkan kanser kulit.

Satu je nak tambah, guna Sabun Bedak Sejuk bukan untuk putih, cuma semata-mata nak kulit sihat cara orang lama yang gunakan petua bedak sejuk tu.

wasap.my/60136483362
instagram.com/sejuksedap