Lipstik Lebih Tahan Lama Dengan 4 Tip Ini

Lipstik Lebih Tahan Lama Dengan 4 Tip Ini
4 Tip Buat Lipstik Tahan Lama Di Bibir
4 Tip Buat Lipstik Tahan Lama Di Bibir
Percaya atau tidak, hanya disebabkan warna gincu orang mampu kenali diri anda dengan mudah! Malah lipstik menjadikan wanita lebih yakin dengan diri sendiri. Lisptik buat wajah anda nampak segar dan bebas daripada kesan pucat.

Tetapi sayangnya jika anda tidak tahu cara pakai lisptik dengan betul, beberapa masalah mungkin akan timbul. ????? ????? ????? Selalunya bibir jadi kering dan cepat hilang kerana asyik minum dan makan. Dengan petua yang kami kongsikan kali ini, lipstik anda akan lebih tahan lama, jom rujuk petuanya!

1. Elak sapu kalau bibir pecah

Rawat bibir agar tidak pecah dan luka. Caranya setiap kali mandi (terutama pagi), basahkan bibir dan wajah dulu, kemudian mandi seperti biasa. Gosok bibir yang sudah lembab dengan jari. Sel kulit mati di bibir akan hilang dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan luka.

2. Pilih lipstik matte

Lipstik matte lebih tahan lama berbanding lipstik satin atau glossy. Jika suka lipstik matte, lipstik anda tidak akan melekat di gelas atau baju.

3. Sediakan berus khas

Untuk hasil terbaik, pakai gincu guna berus khas untuk bibir. Cara ini akan buat warna lipstik lebih sekata dan tidak comot. Paling penting, jangan guna jari ketika sapu lipstik di bibir.

4. Bawa Lipstik

Jangan main campur-campur pakai lipstik. Kena yang tak sesuai, ini boleh buat bibir anda alergi dengan lipstik. Anda perlu tahu tekstur lipstik sebab ada lipstik yang tidak sesuai untuk bibir. ??? ????? Jadi bawalah tisu basah dan lipstik untuk jaga penampilan setiap hari. ??? ???? ?????? ??????

Nak cantik kena lebih rajin dan amal petua ini. Ok wanita, ‘selamat bermain’ dengan warna lipstik kesayangan anda.