Tidaklah Dagu Berlapis Kalau Ikut 8 Petua Ini
Mudahnya Hilangkan Dagu Berlapis Dengan Cara Ini
Mudahnya Hilangkan Dagu Berlapis Dengan Cara Ini
Dagu berlapis disebabkan lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu. Wanita kalau tetiba tengok cermin nampak dagu berlapis, terus kontrol makan. Sebenarnya lapisan lemak di kawasan bawah dagu boleh terjadi kepada semua orang, terutama pada orang gemuk. Ok, kita cuba dulu guna beberapa tip mudah ini untuk menghilangkan lemak di dagu secara semula jadi…
1. Kunyah gula-gula getah
Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.
2. Guna ketulan ais
Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.
3. Senaman Wajah
Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.
5. Dongak kepala
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.
6. Jaga pemakanan
Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
7. Urutan
Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur. (lebih afdhal sambil selawat)
8. Tidur tanpa bantal
Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah.
Macama mana wanita, nak cantik kan? Kena amal tip ini, tidak semestinya tubuh anda kurus dagu tidak berlemak. Kalau anda jenis wajah tembam, cepatlah naik dagu yang kedua. Moga anda makin cantik dan anggun, ya!