Petua Melayan Suami Di Rumah


 

1. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka
menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat
kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa
dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kem
bali
ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah
suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan
kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat
keegoannya selaku seorang lelaki.

2. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan
cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung
sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

3. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan
(jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang
terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

4. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun
segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak
mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri
buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah
tidak taat padanya.

5. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera
isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api,
janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan
gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi
mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap
suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan
isteri tidak menggemarinya.

6. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan
seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu
sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala
persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi
dan kayu sugi.

7. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak
suami. Begitu juga dengan kehendak ibu ayah. ????? ????????? Sekiranya suami ingin
dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri
kecualilah jika suami kita meredhainya.

8. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada
di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian
supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah
bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu
ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

9. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta
biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita.