Petua Penjagaan Badan Untuk Suri Rumah 

 

a. Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa
kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga
makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan
kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering
mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara
berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum
masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap
berhati-hati. 



b. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan,
jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah
adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting,
keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan
sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang
keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat. 

A. Ubah cara pemakanan anda yang diamalkan daripada kebiasaan kepada
satu kaedah seperti berikut: 

1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa
yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. betfinal ???????
Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00
malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan
apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau
buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang
telah dimasak (makan berat). 

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap
hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam
yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja
yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda
berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman. 

C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di
sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan
dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7
hingga 14 hari mengamalkannya.