KE ARAH MEMBINA KELUARGA CEMERLANG

 

Perkahwinan ibarat buku yang di dalamnya yang tersenarai kisah-kiah yang boleg dijadikan sempadan. Kelmarin bergaduh, sekarang ketawa, sakit hati kemudian bahagia, sedih akhirnya ceria.

Semua kisah mengandungi pengajaran, setiap ujian membuka mata tentang kesilapan lalu, di dalam buku cerita ini kita membaca tentang diri dan pasangan. Mencari kesilapan dan cuba menyelesaikan masalah dengan ilmu bukan nafsu. Ambillah buku terbaik yang mengandungi manual-manual pintar dari langit, Al-quran dikaji, difahami dan diamalkan untuk mencari jalan kelaur dari berserabutanya masalah kisah nyata suami dan isteri.

Hadis dan sirah RAsulullah SAW menjadi sandaran hokum yang menjadi bacaan wajib untuk mententeramkan keluarga sakinah . Mencari hidayah di setiap tulisan penuh hikmah di mana saja, majalah atau televisyen, internet dan telefon pintar. Mencari jawapan atas setiap permasalahan hidup dengan ilmu Allah SWT.

Jika suami sibuk dengan ilmu jagaan lupa ingatkan dengan ilmu jangan lupa ingatkan dengan ibadah kerana ramai yang terperangkap oleh ilmunya dengan jubbah sarjana kesombongannya. Ilmudan amal jangan sekali dipisahkna malangnya jika suami berilmu tapi masih bermata keranjang.