BELAJAR MENJADI PASANGAN TERBAIK UNTUK SUAMI

 

 

Jika anda bersama layanan atau sikap anda terhadap suami selama
ini tidak elok, jangan terlalu rasa bersalah dan menyesalinya.Anda masih
punya peluang untuk memperbaikinya.

Dalam dunia ini tiada
manusia yang dilahirkan sempurna tetapi tidak ada satu pun perkara buruk
yang tidak dapat diperbaiki jika anda menyedari kekurangan diri anda
sendiri.

Jika selama ini anda merasa telah memperlakukan pasangan sendiri
denagn cara yang buruk atau tidak menyenangkan maka bermula hari ini
anda harus belajr membuat perubahan. Belajarlah menjadi pasangan yang
terbaik untuk suami anda .

Jangan remehkan diri sendiri

Jangan sesekali mengatakan pada diri sendiri bahawa anda yang
terbaik untuk pasangan anda.Jangan pernah anda menyalahkan diri
sendiriatas kesalahan di masa lalu keran aperkara tersebt akan
menghalang anda untuk cuba melakukan sesuatu yang baru .

Hubungan berlandaskan kejujuran

Tiada satu pun hubungan yang akan berjalan dengan baik jika ia
dibin adari sebuah pembohongan. Lambat laun pasangan akan mengetahuinya.
Tapi jika pasangan tidak pernah mengetahui pembohongan atau penipuan
yang dilakukan tidakan anda sendiri akan mampu mempengaruhi hubungan
anda suami isteri.

Lakukan perkara yang menggembirakan

Cuba inagat kembali berapa kali anda melakukan sesuatu yang
menggembirakan suami? Ingat pula berapa banyak perkara yang menyakitkan
hatinya telah anda lakukan? Jika perkara yang menyakitkan hati lebih
banyak anda lakukan maka sedarilah setiap kali anda melakukan nya maka
sebahagian cinta anda untuk pasangan telah mati.

Jangan merendahkan pasangan

Setiap orang akan melakukan kesalahan begitu juga dengan pasangan
anda. Tapi sebagai isteri janganlah anda asyik mengomel dan menyalahakan
apa yang telah dilakukan. Jika anda selalu menghabiskan waktu untuk
mengomel atau membebel kepada pasangan hanya kerana masalah kecil,
sedikit demi sedikit keyakinan pasangan pada diri anda akan terhakis.

Jangan mungkir janji

Kepercayaan sangat penting bagi setiap hubungan. Jika anda telah
menjanjikan sesuatu tapi kemudian anda membatalkan tanpa berbincang maka
pasangan akan sukar mempercayainya anda kembali.

Cipta Romantis

Salah satu penyebab sesuatu hubungan itu gagal kerana kurangnya
sikap romantis.Memang tidak semua semua diciptakan memiliki sifat
romantis yang tinggi. Tetapi untuk mempertahankan hubungan maka sikap
harus dipelajari.

Tidak perlu menghadiahkan bunga sekadar ciuman yang spontan sudah
dikira sesuatu yang romantis.

Sentiasa ada waktu diperlukan

Memang itulah sebenarnya tujan hidup sebagai suami isteri. Perlu
ada di sisi suami tatkala dia memerlukan. Sungguhpun masalah yang
dihadapi suami rumit dan anda tidak dapat membantu namun dengarkanlah
saja luahan rasanya. Itu sebenarnya sudah cukup untuk meredakna sedikit
masalah yang dipikul.

Komunikasi

Salah satu kunci utama untuk mendapatkan hubungan yang lancar
adalah melalui komunikasi yang baik. Tidak ada masalah yang tidak dapat
diselesaikan. Pasangan suami isteri perlu berkomunikasi dengan jelas. ???? ????? ?????
Bicarakan segala hal yang berkaitan dengan hubungan bermula dari
kewangan hinggalah seks.

Layan pasangan dengan sopan

Panggilan suami anda dengan cara yang sopan. Jangan menjerit
memanggilnya, apatah lagi di hadapan khalayak ramai. Ada isteri yang
berbuat baik pada rakan dan saudara mara tapi bersikap sebaliknya pada
suami sendiri. Jangan lakukan perkara sebegini. Layanan baik pada
suamilah yang paling utama. Hormati suami anda di mana saja.

Hormati dan jaga perasaannya

Kewajipan isteri adalah untuk mendampingi suami dan menghormati
dirinya sebagai ketua keluarga. Sesuai dengan peranan suami sebagai
ketua maka jangan merendah-rendahkan dirinya.

Jangan juga mendedahkan keburukan suami dihadpan keluarga atau
teman-temannya. Seburuk mana pun pasangan anda di mata anda tapi di mata
orang lain dia tetap yang terbaik. Jagalah perasaan suami agar tidak
terguris. Untuk itu awasilah tingkah laku dan tutur kata anda.