Penuhi jadual hujung minggu anak anda dengan pelbagai jenis
permainan. Jangan bebani fikiran mereka dengan buku lagi. Hal ini kerana
bermain juga dapat membantu melatih minda mereka. Sewaktu bermain
kanak-kanak boleh membentuk imaginasi yang tinggi. Disamping memberi
peluang kepada anak-anak untuk mencipta dan mencuba, memupuk sifat
kerjasama dalam hubungan sosial dan dapat membina keyakinan diri.
Kegiatan fizikal seperti bersenam dapat membantu menguatkan tubuh,
memberi daya tahan, membuat tubuh dapat berfungsi dengan teratur dan
sentiasa berada dalam keadaan sihat. Bersukan dan berolahraga juga
memungkinkan seseorang itu dapat bekerja dengan baik untuk mendapatkan
keredhaan Allah (menganggap kerja itu ibadat) dan dapat beramal soleh
dengan sempurna.
Hak untuk Bermain
Bermain adalah suatu proses kegiatan fizikal yang biasa dilakukan
oleh seorang kanak-kanak seawal usianya enam bulan hinggalah meningkat
dewasa. Dalam Islam, terdapat beberapa anjuran yang membenarkan ibu bapa
memenuhi keperluan anak-anak untuk bermain.
Imam Ja’far Shadiq a.s. menyokong kenyataan ini dengan katanya:
“Biarkan dia bermain sesuka hatinya sehingga berumur tujuh tahun….” Ada
juga riwayat yang me nyatakan bahawa Rasulullahs.a.w bersabda yang
bermaksud; “Anak adalah tuan sampai ia berumur tujuh tahun….” (Al-‘IlajAl-Jama’i
li Al-Athfal: 222).
Tugas ibu bapa adalah mem beri kebebasan untuk bermain tanpa
larangan, kecuali jenis-jenis permainan berbahaya yang harus dijauhi.
Bermain serta mengambil bahagian dalam aktiviti dan kegiatan fizikal
merupakan hak penting bagi seorang kanak-kanak. Ia dapat menggalakkan
penjanaan kreativiti, membina keperibadian dan tumbesaran sosial,
fizikal dan minda serta meningkatkan kemahiran sosial.
Perkembangan Fizikal
Bermain melibatkan aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus. Ia juga
dapat menjadikan mereka berasa seronok dan gembira sewaktu aktif
menggunakan bahagian-bahagian anggota badan yang tertentu. Keadaan ini
sama seperti proses senaman yang membolehkan mereka meningkatkan
kemahiran, menjadikan mereka berasa lebih selamat, yakin, mampu
berdikari tanpa memerlukan bantuan daripada sesiapa pun.
Perkembangan Sosial dan Emosi
Bermain adalah pencetus kepada pembentukan kemahiran sosial dan
emosi. Bermain dengan
individu lain dapat mem beri peluang kepada anak-anak untuk
menyesuaikan tingkah laku dan memberi peluang untuk meluahkan pendapat
sendiri. Bermain juga dapat memberikan mereka pengalaman untuk
meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai nilai sensitiviti dan
mengambil kira keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal
diri sendiri dan juga perkongsian kuasa.
Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan hubungan yang positif antara bermain dan
pembelajaran anak-anak, dapat meningkatkan proses penumpuan, kemahiran
kesediaan, kreativiti dan meningkatkan daya memori. Ini jelas
menunjukkan bahawa, proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental
mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner
ada kepentingannya dalam aktiviti bermain.
Peranan Ibu Bapa
Kanak-kanak mula mengumpulkan maklumat sejak hari pertama dia
dilahirkan. Hampir semua maklumat pada peringkat ini diperoleh daripada
ibu bapanya. Oleh itu, kedua orang tuanya bertanggungjawab dalam
pembelajaran awal anak mereka agar segala yang mereka peroleh itu boleh
dimanfaatkan. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain juga boleh
dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi anak-anak.
Pakar psikologi turut menyatakan, “Anda harus memperlakukan
anak-anak seperti teman. Ajaklah mereka untuk melakukan suatu pekerjaan
bersama-sama kamu. Turut sertalah dalam permainan mereka…. ?????? ?????
berbicaralah dengan mereka dengan bahasa cinta dan kasih sayang… semua
orang harus berusaha untuk menempatkan dirinya seperti anak kecil dan
berbicara dengan bahasa mereka.”
Ibu bapa boleh gunakan masa terluang hujung minggu ini untuk turut
serta bermain bersama anak-anak. Pasti akan membuatkan anak itu merasa
dirinya begitu bahagia dan gembira kerana mendapat perhatian di hati
orang tuanya.