Pantang Larang Semasa Dalam Pantang
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam
pantang
selepas bersalin:
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam
pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah
kotor
sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit
meroyan
kepada ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin,
jika
angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi
lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga
kesihatan
ibu.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan
menyebabkan
rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan
ibu-ibu
tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga
kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak
mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam
keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan
peranakan sembuh semula.
Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur
selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh
menguruskan
bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang
telah
hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis
ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini
boleh
mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit
perut.
Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh
berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik,
ini
boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih
baik
ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana
di
waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin
fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh
menyebabkan
penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini
disebabkan
keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat
mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu
ini
syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah
fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak
terantuk.
Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam
atau
bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan
hubungan
kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan
ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.
Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk
mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas
melahirkan
hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung
kerana
cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. ????? ???? ??????? Guna
menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan
air
suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan.
Mandi
pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama
seminggu.
Cara Berbaring/Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk
adalah
dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi
adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak
naik
ke kepala.