KOLEKSI – MUTIARA – KATA


Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah
penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber
inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan,
pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai
kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan
serta memotivasikan diri sendiri….

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar
dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan
tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika
disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana
mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau –
Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.

Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum
dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti
bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat
bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan
kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang
yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia
memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan)
amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.”
Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang
kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert
Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi
sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan
yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum
kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras
dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena
kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap
menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan
keadilan adalah sama.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak
singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh
perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi
penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan
ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu
alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang
besar.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. – Saidina Ali Abi Talib

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari
ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa
sungguh bermakna…

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan
menimbulkan rasa dendam.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah
bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa
tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda
perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan
orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting,
usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan
dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah
apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada
hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram,
mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang
menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan
Allah.” (H.R Abu Naim)

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah
dicari ( Saidina Ali)

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati
menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada
menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan
menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan
mati tak berteman.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih bawah daripadanya.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang
yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya
cuba membuat mereka meminati anda

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)
sebelum memulakan langkah .Hanya

mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh
dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya
berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah
lakunya.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan
lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia
ini.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan
kematian.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada
(bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa,
tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka – Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
– Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia
tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
~ Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan
dari kamu.

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap – Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat – Beng
Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert
Einstein

Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji. (La Roche)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti
adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di
situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Orang yang berkhianat selalu terhina.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang
lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka
setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga
sedikit pun.

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia
harus menyapu sama sepertimana

Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun
Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik
sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti
dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling
hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap
kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah
merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu. toxic dose of ivermectin in humans

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya
sesudah tua seperti menulis di air.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya
pasir itu ~Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze

Awal mula pohon ialah benih.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah
pula anda menambah dukanya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk
bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari
esok.

Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan
berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang
mengiurkan

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya
seperti mana yang dikehendakinya namun

selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati
bahawa dia tidak menyukai apa yang

telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan
daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang
kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan
memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang
kita berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri
ketika berkedudukan tinggi,

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~
Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan
karib kita suatu waktu dahulu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang
kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada
kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak
yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri,
ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan
berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang
tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita
kembali semula ke pada Ilahi.

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu,
kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan
untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki
hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya
jika semuanya telah tiada…..

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak
menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews

Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu,
segalanya nampak senyap dan tidak pasti.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga
mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba
dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan
terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu
meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat
menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak
peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka
kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak
kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat
membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada
orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah
kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita
akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup
bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani
untuk membetulkan kesilapannya

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke
tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk
melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak
percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam
sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya,
maka dia seperti pelakunya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak
melihatnya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras
dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna
kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap
menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka
memakannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang
belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang
sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya
dan harus melepaskannya pergi.

Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu
siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. que es simpiox para que sirve
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan
pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah
keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan
barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang
besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak
lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya
-Khong Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang
dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas,
sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah
ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan
putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan
telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan
layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat
binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu
memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat
lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu
tersenyum.

Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat
berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika
menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri
ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung
dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti
duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada
satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu
menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu
positif terhadap kehidupan.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh
selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita
dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana
yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak
peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada
seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada
emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah
mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa
menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang
tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi
lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab
dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia
sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia
masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan
banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju
kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta
belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu
baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna,
belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu
diabaikan orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
-Pepatah Arab

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan
membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang
barulah manusia benar-benar terasa

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan
wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada
seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti
singa -Goethe

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik
daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu
dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan
keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng
yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi
SAW

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan
yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah
menyembah Tuhannya

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain
lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita
akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi
secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka
emosi

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang
dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan
terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang
lainnya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan
kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati
kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa
kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai
kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang
jauh lebih indah.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya
sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk
meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda
bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu
meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana
membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan
banyak kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama
tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan
masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu -Whittier

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk
lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda
fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. ivermectina minha vida

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

~ Flower A. Newhouse

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan
lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan
busuk.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim,
ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan
itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian
berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu
menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain
pula.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah
waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu
untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan
Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang
menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat
hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui
nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk
mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati
kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu
menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal,
bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak
juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~
William J. Siegel

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti
durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di
dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain
kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan
nasihat yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir
dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda;
sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi
orang

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia
kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda
sendiri.

Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh
diharap.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada
nasib.

percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya
dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah
jahil

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai
setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika
tiada agama? ~ Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada
menghitung orang-orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan ~ Mognon Me Lauhlin

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah
inggeris

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan
Ghandi

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan

Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk
lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa,
seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak
diketahui orang lain.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan
dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi.
Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita
fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu
dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian,
janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang
serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah
perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa.
Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang
setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu
bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga
ia mula bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya
jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada
dirinya sendiri -Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka
nasihat dengan perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun
seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang
nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada
kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka
semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam
dan menyusahkan

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang
di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang
muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan
apa yang kita miliki

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang
diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang
penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. – Peribahasa Cina

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih
baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi
pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~
Saidina Ali

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa
yang disuruh.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu.. – Whittier

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
-John Petitsenn

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada
kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak
membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti

Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab,
tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh
bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang
pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi
daripada angkara fitnah yang berkekalan.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan
kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha
hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha
seumur hidup untuk mendapatkannya.” -Albert Einstein

Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah
bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri,
dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”