Keperibadian Orang Terkaya VVIP Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary

Ustaz umrah Syu ada cerita yang dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji . Bukan orang biasa . Antara 10 orang terkaya dalam Malaysia . Dari beras , gula , saham , transportation , airport , semualah dia sapu . Kita tak cakap pasal kaya juta-juta . Ni dah level billion-billion.

Ustaz kata dia neves jugak nak assist Tan Sri . VVIP kan ? So sebagai wakil company , ustaz cuba bagi the best servis untuk Tan Sri . “Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yg betul tawadhuk macam dia”.Syu tanya “Tawadhuk macam mana tu ustaz”.

So ustaz cerita . Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je . Selipar jepun takde brand . Dia masuk masjid solat zohor , tunggu asar , tunggu Maghrib and Isyak . Balik rehat di bilik sekejap-sekejap je . Banyak masa dlm masjid . Makan pun roti je buat alas perut. Takdenya makanan kena serve , masuk restaurant elite . Takde bodyguard yang iring dia dari hotel and tunggu di masjid . Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je . Cuma Tan Sri selalu mintak ustaz masuk dlm masjid bersama Tan Sri sbb dia nak ustaz check bacaan Quran dia .

Dah selesai solat , Tan Sri akan bangun dari tempat solat g ambik air zam-zam utk ustaz . Aik pelik ni ! Biasa VIP nak orang yang layan and serve dia . Tapi bukan Tan Sri . Dia yang dulu g ambik air zam-zam . Ada sekali ustaz bawak gelas khas untuk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekah kan banyak tong air zam-zam and dah ada cawan plastik sekali . So ustaz sedia la gelas kaca untuk Tan Sri Minum . As servis dia la kan ? Special sikit . Tapi Tan Sri tolak . Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain je .

Setiap kali datang haji and umrah , sedekahnya luar biasa . 60,000 saudi riyal main-main je dia bagi kat ustaz and mintak ustaz agihkan . Happy orang-orang gelandangan , orang miskin area masjid dapat duit 100-200 riyal sorang . Around 150-250 duit Malaysia.

And cerita yang paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji . Btw pakej VIP Haji ni ada banyak jenis . Ada yang 70K sorang, ada yang 170K sorang. Menteri , artis , org bisness kaya kebanyakan ambik yang 170K sorang tu. Tapi Tan Sri ambik yang 70K je . Share khemah dgn jemaah lain.

Masa berwukuf di Padang Arafah , all the time Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa , baca Quran sampai ustaz pun rasa bimbang . Risau kot-kot jatuh pengsan je apa . Masa VIP lain ada yang berehat di khemah , makan minum dengan selesa , doa and baca Quran pun dalam khemah je tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari and suhu waktu tu mencecah 40-45degree .

Then sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas , ustaz pun bawak payung and payungkan Tan Sri masa Tan Sri tengah doa . Then, Tan Sri tolak . Tan Sri kata “Ustaz , nanti masa kat padang mahsyar , ustaz tak boleh tolong saya . Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya , ustaz dengan amalan ustaz”. Masa tu ustaz tertampar . Rasa malu dengan seorang kaya yang sangat zuhud dan luar biasa pemikirannya .

In fact masa ustaz cerita , terus Syu rasa sebak . MasyaAllah luar biasa pemikiran figura hebat ni . Betul tu . Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia . Nak orang sanjung kita , nak orang puji kita , nak orang layan kita , nak orang loyal kat kita , nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain . Kadang-kadang sanggup buat benda yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarik perhatian orang, nak bagi orang support kita , puja kita . Tengok saja hari ni . Demi content, macam-macam orang sanggup buat . Sedangkan di akhirat nanti , cuma amalan dan kita sahaja yang akan menunduk takut di depan Allah SWT . Tiada siapa pun yang akan tolong kita . Bukan mak , bukan suami , bukan followers , bukan kawan , bukan agent . Cuma kita dan amalan sahaja . Allahuakbar ?

Terbaca kata-kata pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisness adalah “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain . Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI . Bantu orang yang memerlukan insyaAllah pertolongan Allah pasti ada”. In fact , kalau korang tahu , Tan Sri pernah rugi 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu ? Nak bagi adik pinjam 200 pun rasa nak marah . Nak hulur kat mak ayah 500 pun susah. Itu keluarga sendiri . Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira untuk bantu dia . Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yg dia sendiri tak kenal dengan jumlah yang besar . MasyaAllah hebat insan ciptaan Allah ni.

One more , kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki . Untung rugi bisness tu biasa . Lagi kaya , lagi banyak rugi . Bila rugi jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira apa yang kita dapat sampai kita takut nak sedekah , nak memberi kat orang lain . Apabila rezeki itu berkat, insyaAllah takkan pernah habis dan berkurang rezeki tersebut .

One in a million . Orang kaya luar biasa . Kaya yg tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman B Auf, sahabat Rasulullah SAW . Saudagar kaya yang pemurah dan dermawan . Susah nak jumpa zaman sekarang . Acah-acah kaya banyak la . Yang betul kaya tapi tawadhuk and pemurah, susah nak jumpa . Ini yang kita panggil kaya dunia akhirat . I wanna be like him . Kejayaan dan kekayaan yang ada bukanlah satu simbol kemegahan . Tapi dengan harta dan pangkat , kita gunakan untuk memanfaatkan manusia lain , untuk merubah dunia menjadi tempat yang lebih baik insyaAllah dengan izin Allah .

Kaya dunia , kaya akhirat ….