Change Birthday Present with MY SIL

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

Last week saya dan anak2 jalan2 outing with Mysil SHOPPING hadiah & makan2…DENGAN TAK HINGAT…HAPPY SESANGAT KERANA DPT SWEET TIME MCM NI, (RELEASE MY STRESS Alhamdulillah) AND MY WISH….”Semoga kak yong really happy with My Present. Insha’Allah kita akan berjumpa tahun akan datang lagi celebrate same like this( dengan izin allah ). Terima kasih kerana selalu memberi hadiah antara suka sama suka ( No suprise )??? & sayang ky, wina & awong hingga dunia & akhirat.”

“Barakallah fii umrik My sil. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan selalu. ??????? Amin Ya Allah Ya Mujib.”

“Thank you for everything. Couldn’t ask for more. I love you soooo much!”

My slot story islamiah…..

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini. ????? ?????? ??? ???? ??????

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorangpun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya.
Adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka. ????? ???? ????????

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA