#MERINGUE
6biji putih telur (pastikan jangan ada setitik pun kuning telur)
1 1/5 cawan gula ising
1 sudu makan cuka buah (mama guna cuka epal)
1 sudu makan vanilla esen
2 sudu makan tepung jagung#TOPPING
300ml dessert whip (tengok kat pic akhir)
2 sudu gula ising
Pelbagai jenis buahan untuk hiasan (Strawberry, blueberry dll)
#Cara-cara:
1. Pukul putih telur dan gula ising dengan kelajuan paling maksima dalam 10-15 minit minit hingga adunan bertanduk dan berkilat.
2. Masukkan cuka dan esen vanilla dan kaup-kaup dengan spatula. Kalau takde spatula guna sudu pun boleh. Kau jangan guna tangan dahla?
3. Masukkan tepung jagung dan kaup semula.
4. Pindahkan adunan ke dalam piping bag dan gunakan nozel yang sesuai dengan bentuk yang kau nakkan.
5. Bakar suhu 100°c selama 40-50 minit atau sampai dia dah masak.
6. Bila dah masak, biarkan meringue sejuk perlahan-lahan kat dalam oven barulah keluarkan.
7. Pukul dessert whip atau whipping cream dengan gula ising.
8. Setelah meringue sejuk, hiaskan dengan whipping cream dan buah-buahan.
Silakan share ?
Masa ni jangan terus angkat dr oven. Kena offkan oven dan biarkan dulu #mereng tu dalam tu. sampai agak sejuk. baru keluarkan
Putar ye halim.. putar.. putar..
Wang besar.. wang besar?
Macam ni la mama tadi, terpaksa beli baru sampai kena curi helmet husband kat tesco. Aku sumpah botak kepala orang tu tak tumbuh2 dah rambut?