Kek Pisang Brown

Image may contain: food

Assalamualaikum… morning semua.. pagi ni saya nak share resepi Kek Pisang Brown yang super moist.

Nanti ada pulak yang tanya “Awatla ada brown pulak tu?”.

Brown (perang) tu adalah terhasil dari gula yang terbakar dipermukaan kak. Walhal kita tak tabur gula pun atas permukaan kek. Ingat k.. resepi ni tak guna baking powder. Baru gula akan naik ke permukaan.

Ok jom follow resepi mudah ni…

Resepi: Kek Pisang Brown
Masa Penyediaan: 20minit
Masa Membakar: 50minit + 20minit
Suhu membakar: 180c & 160c
Saiz Loyang: 9inci

Bahan2
400gm Pisang Berangan (buang kulit baru timbang)
11/2tsp Soda Bikarbonat

5biji telur
300gm Minyak Jagung (kalau xde guna jer Minyak Masak)
240gm Gula Pasir
60gm Gula Perang
250gm Tepung Gandum

Cara2. 
1. Lenyekkan pisang bersama soda bikarbonat hingga halus. Ketepikan.
2. Dalam mixer bowl masukkan gula pasir, gula perang dan telur. Pukul hingga kembang (dalam 10minit). ????? ?????? Cek dulu masih ada gula berpasir atau tak. ???? ?????? Kalau masih berpasir pukul lagi. Kalau xde berpasir masukkan
3. Masukkan minyak jagung atau minyak masak. ???? ????? ???? 777 ???? ????? Pukul lagi selama 3minit.
4. Masukkan pisang yang telah dilenyekkan dan pukul selama 1 minit.
5. Tuang tepung dan kaup balik hingga sebati.
6. Alas loyang menggunakan baking paper dan tuangkan adunan ke dalamnya.
7. Bakar selama 50minit dengan suhu 180c dan tambah lagi 20minit dn turunkan suhu kepada 160c
8. Keluarkan dari oven. Biarkan 10 minit baru terbalikkan atas redai. Selepas 10minit terbalikkan semula. Biarkan semalaman. Kek lebih sedap dimakan keesokkan harinya.