Resepi: Kek / Cupcake Coklat Moist Gula Perang
Masa Penyediaan: 20minit
Masa kukus / Membakar: 45minit – 60minit (20minit cupcakel
Suhu Pembakaran: 180c
Loyang: 9inci
Bahan2
300gm Gula Perang
150gm Serbuk koko
*100gm Nutella / Coklat masakan (*optional)
336gm (360ml) Minyak Jagung
1 cawan Susu Pekat Manis
1 cawan Susu Full Cream
Tuang semua bahan dalam periuk. Guna api kecil dan kacau hingga gula larut dan tidak berpasir. ????? ?????? 2023 Tak perlu sampai mendidih / terlalu panas.
5biji telur
Pukul telur hingga kembang dan berbuih. Kemudian campur adunan yg dimasak tadi. Kacau hingga sebati.
360gm tepung gandum
1/2 tbsp baking powder
1/2 tbsp soda bikarbonat
Ayak bahan di atas dan campurkan ke dalam adunan utama. Kacau sebati.
1 cawan air panas mendidih
Dituangkan ke dalam adunan tepung yang telah dikacau sebati.
Bakar / kukus hingga masak
Nota:
1. Tepung gandum saya guna cap rose.
2. Isi 3/4 cawan kertas. Jangan penuh.
3. Kalau nak deko atas cupcake.. isi 1/2 sahaja jangan letak banyak nanti banyak kerja (potong dan buang)