Tips Untuk Mendapat Rezeki Yang Melimpah Ruah

Tips Untuk Mendapat Rezeki Yang Melimpah Ruah

No photo description available.
“Rezeki tu kan Allah yang pegang, jadi MINTA dengan Dia dulu..”
.
Ramai sangat diantara kita ada masalah kewangan, kerugian dalam bisnes, kesempitan hidup dan kesuntukan masa!
.
Selain kita usaha dengan bersungguh-sungguh, ada banyak amalan yang boleh dilakukan untuk mudahkan kita dikurniakan rezeki dari Allah swt.
.
Lia akan kongsikan pengalaman lalu Lia sendiri yang boleh sama-sama kita amalkan. Paling penting, kita kena yakin dan percaya pada rezeki Allah.
.
Baca 22 Tips ini untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah.
.
#Tips1 Waktu awal pagi selepas subuh amalkan 1000 kali istighfar mohon Allah ampunkan dosa-dosa kita. Di nasihatkan semasa istighfar tu focus terhadap istighfar tersebut, minta ampun bersungguh-sungguh.
.
#Tips2 Pernah terfikir tak nak ambil hati kekasih Allah? Iaitu Nabi Muhammad saw. Lakukan 1000 kali selawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk. Ambil hati kekasih Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.
.
#Tips3 5000 kali zikir kepada Allah swt, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya Allah”. Focus sebut Ya Allah, sambil berdoa dan bayangkan hajat yang kita nak.
.
#Tips4 Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7 kali doa Dhuha dengan penuh keyakinan kepada Allah swt. Hayati doa ini. Lepas doa tu, buatlah sujud kesyukuran.
.
Ucapkan terima kasih Ya Allah atas segala nikmat hidup dan rezeki yang Engkau kurniakan padaku selama ini. Ucapkan juga terima kasih kerana sihatkan badanku, mak ayahku dan keluargaku.
.
Teruskan dengan sebut kesyukuran kita kepada Allah sehingga menitis airmata kita pada sejadah kita tu! Biarlah airmata ini mengalir keluar kerana Allah swt.
.
#Tips5 Setiap pagi baca 3 kali Al Fatihah. Fatihah pertama niatkan untuk diri sendiri. Fatihah ke-2 niatkan kepada mak ayah. Fatihah ke-3 diniatkan untuk orang yang tak suka dengan diri kita. Makin orang tak suka makin kita sedekahkan Al Fatihah tu!
.
#Tips6 Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang anda tak kenal. Tengah makan di kedai doakan pada orang yang duduk di meja sebelah. Tengah drive, doakan pada driver di depan kereta anda. Bacakan dengan penuh ikhlas.
.
#Tips7 Baca 3 kali surah Al-Ikhlas umpama khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dasyat anda telah bina 1 istana di syurga! Subhanallah.
.
#Tips8 Paksa diri bangun untuk solat Taubat dan solat Tahajud sambil menangis dan berdoa bersungguh-sungguh pada Allah.
.
#Tips9 Sentiasa minta restu mak dan ayah kita sebab restu ni sangat penting untuk dapat keberkatan hidup.
.
#Tips10 Sepanjang bekerja amalkan zikir ‘hasbunallahuwanikmal wakil..’ , maksudnya cukup Allah bagiku aku serah pada mu Ya Allah semua urusanku. Serahkan semuanya pada Allah sebab kita yakin segala apa di dunia ni datang dariNya.
.
#Tips11 Baca 4 surah paling mudah untuk menjemput rezeki. Amalan ini sama-sama kita boleh buat selain memberi duit untuk bersedekah. Tolong amalkan surah di bawah ini setiap hari:
.
1. Waktu Subuh : AL-WAQIAH
2. Waktu Dhuha : AR-RAHMAN
3. Waktu Maghrib : YASIIN
4. Waktu Isya : AL-MULK
.
Percaya tak, bila kita amalkan 4 surah ini, masa kita akan jadi sangat panjang! Banyak perkara dan idea Allah bagi yang kita boleh buat. Hebatkan?
.
#Tips12 Sebelum waktu solat tiba, ambil masa 5-10 minit untuk amalkan zikir 33 kali Alhamdulillah, 33 kali Subhanallah, 33 kali Allahuakbar dan 33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad.
.
#Tips13 Setiap waktu pagi perkara yang paling di larang sekali adalah bayar hutang! Cuba lah tukar sikit. Kita bersedekah dulu di awal pagi. Sekarang mudah sangat nak sedekah ni, on9 transfer pon boleh, paling penting niat kita kerana Allah swt. Waktu petang boleh uruskan bayaran hutang dengan niat Allah mudahkan segalanya.
.
Setiap hari amalkan sedekah walau pun RM1. Kalau hari jumaat tu, boleh buat sedekah dengan cara belanja orang makan, terutama sekali pada orang susah atau pon students.
.
Sebab dulu Lia pernah buat, belanja students UiTM waktu pagi di cafeteria. MashaAllah, boleh di katakan bisnes Lia waktu itu melonjak naik 3 ke 5 kali ganda!
.
#Tips14 Kalau tak mampu sedekah dengan wang, boleh sedekah dengan berkongsi ilmu pada orang ramai. Tahu tak, kita semua banyak kongsi ilmu di social media ni di kira 1 sedekah juga? Jadi teruskan menulis dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
.
#Tips15 Berkongsi rezeki dengan adik beradik. Kalau ada adik-beradik kita yang tengah susah sekarang ni, bantu mereka, sebab percaya lah, 1 hari kalau kita susah, orang 1st yang akan datang bantu kita adik-beradik kita juga.
.
Macam bisnes Lia buat sekarang ni, Lia buat bersama dengan adik-beradik Lia. Kakak Lia sebagai admin dalam team Chettaki Omey, abang ipar Lia sebagai runner untuk ambil stock di HQ. Jadi dengan cara ini Lia dapat lah bantu mereka. Cukup buat orang lain rasa bahagia, kita pon akan rasa bahagianya itu.
.
#Tips16 Banyakkan masa bersama keluarga di waktu malam, terutama sekali mak dan ayah kita yang masih hidup. Jaga mereka baik-baik, selalu doakan untuk mereka, dan minta mereka doakan untuk kita juga.
.
#Tips17 Sentiasa buatkan orang terharu dan ucapkan terima kasih. Cara yang paling mudah sekali, komen di facebook sahabat-sahabat kita dan bagi semangat pada mereka.
.
#Tips18 Sucikan diri pagi dan malam dengan sebut 7 kesyukuran yang anda dah dapat atau anda nak dapatkan. Buat dulu ‘syukur in advance’.
.
#Tips19 Bagi yang dah berkahwin, Lia selalu dapat tips ni, sebelum tidur tu bermaaf-maafan dengan suami. Bukan waktu raya je minta maaf, tapi setiap malam! Lia yakin, pasti kehidupan kita lebih barakah.
.
#Tips20 Sentiasa rendahkan ego kita. Kalau orang itu lebih hebat dari kita, pergi belajar dan menuntut ilmu dengan dia. Hormat dia sebagai seorang guru walaupun dia sebaya dengan kita.
.
Alhamdulillah, Lia ramai je sahabat yang hebat-hebat dalam dunia perniagaan ni. Walaupun ada yang sebaya, ada yang lebih muda dari Lia, tetap hormat mereka sebagai seorang tenaga pengajar.
.
#Tips21 Sentiasa merendah diri. Ketika kita dipuji oleh manusia, cepat-cepat kembalikan pada Yang Maha Berkuasa. Katakan Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah atas segalanya. Lebih banyak bersyukur, lebih banyak rezeki yang tak disangka-sangka Allah kurniakan pada kita.
.
#Tips22 Redha dan yakin apa yang Allah bagi pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita belajar dan jadi orang yang lebih kuat. Sentiasa bersangka baik pada Allah swt.
.