?Donut Lava coklatĀ ?
Bahan A
– 1 1/2 cawan air suam
– 2 sudu besar gula
– 2 sudu besar susu pekat
– 1 paket yis
(campur kan semua biar kembang)
Bahan B
– 4 cawan tepung gandum cap ros
– 1 sudu teh garam
– 2 sudu besar marjerin
– 2 sudu teh baking powder
– 1/2 sudu teh emplex
( gaulkan semua bahan sebati dan jd mcm serbuk roti)
Bila Bahan A dah kembang campur ke Bahan B dan gaul sebati, dah sebati tutup doh sampai die naik 2 kali ganda dalam 45 minit ke 1 jam (Tak perlu uli lama2, cukup sebati je dah, doh mmg lembik jgn risau, masa nak bentuk nnti apply tepung kt tangan gan dulang. Makesure jgn tambah tepung kt doh)
Tumbuk2 doh utk buang angin dan bulat2 kan.. Bentuk ikut citarasa sendiri nak guna acuan ke, gelas ke, pakai jari ke..isi xoint coklat didalam nya gune beryls sedap..bukat kan cantik2.. Pastu biar dalam 30 minit dan goreng..
Cara goreng :
Panaskan minyak sampai betul2 panas dan kecilkan api baru masuk donut.. Sebelah bahagian dh keperangan baru terbalikkan (sekali je balik sbb kalo berkali2 balik2kan nnti donut serap minyak)
Gula tu blender halus gula / guna gula castor campurkan gan susu tepung