RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Cuti-cuti begini tentu ada yang teringin nak cuba resipi yang ‘special’ sedikit untuk keluarga, bukan? ?? beoutq

Jadi, apa kata anda cuba resipi ayam panggang ala Kenny Rogers yang mudah ini. Walaupun nampak ‘simple’ saja, tapi hasilnya amat menggiurkan. ??? ???? ??? ????? Anak-anak tentu suka!

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Berikut adalah resipi ayam panggang istimewa hasil air tangan Puan Herda Johan.

BAHAN-BAHAN:

1) Seekor ayam 1kg+

Bahan Kisar:
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 1 kiub ayam knorr / maggi
6) 2 sudu serbuk lada hitam
7) 1 senduk kecil sos black pepper
8) garam 1 sudu teh
9) gula 1 sudu makan
10) air 100ml

Bahan Perap:
11) 2 sudu madu (optional)
12) 3 sudu minyak zaitun
13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

CARA MEMASAK AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

1. POTONG & BERSIHKAN AYAM

Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong.

Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.

Ads by AdAsia

resepi ayam panggang ala kenny rogers

2. KISAR BAHAN

Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10 seperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.

resepi ayam panggang

resepi-ayam-panggang-ala-kenny-rogers-1

3. PERAPKAN AYAM

Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas.

Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. ??? Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.

resepi-ayam-panggang-ala-kenny-rogers-3

4. MASAK

Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.

A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib

Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.