DIY Scrub Limau Purut Di Rumah, Kulit Kepala Dan Rambut Terjaga Dengan Lebih Sihat!
Oleh Siti Ramlah – September 27, 201726
Kalau zaman dulu-dulu, nak cantikkan rambut kita biasanya menggunakan kaedah guna santan dan hampas kelapa untuk merawat dan mencantikkan rambut. Tapi tahu tak limau purut pun banyak khasiatnya dalam mencantikkan rambut. ?????? ???? Disebabkan itulah banyak produk di pasaran menggunakan limau purut dalam produk kecantikan mereka.
Walaupun kita sekarang dah moden dan lebih cepat kalau guna produk dipasaran, tapi petua tradisional jangan pula dilupa. Kadang-kadang mencuba petua tradisional ni lebih asli dan hasilnya pun lebih mantap.
Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.
Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni. “Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
1. Basuh bersih limau purut.
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja. ??? ?????? ?????
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. ??? ???? Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
Sumber DIY: Ibrisam Wossali
Tinggalkan Komen