Cuba 5 Rahsia Dapur Orang Lama

Cuba 5 Rahsia Dapur Orang Lama
Cuba 5 Rahsia Dapur Orang Lama
Cuba 5 Rahsia Dapur Orang Lama

Sebelum masuk dapur, anda kena ambil tahu beberapa cara untuk memudahkan kerja memasak. Mungkin ada yang sudah diamalkan tetapi pastinya cara yang digunakan agak berbeza, cuba anda semak 5 petua ini pula…

1. CILI BOH TAHAN LAMA

Sekiranya anda mahu menyimpan cili boh dalam jangka masa yang agak lama, cuba petua ini. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili boh. Goreng seketika sampai pecah minyak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas plastik bertutup. Simpan dalam peti sejuk.

2. UBI KENTANG TIDAK LEBAM

Ubi kentang yang telah dikupas kulitnya biasanya akan cepat lebam sekiranya tidak dimasak segera. Bagi mengelakkan ubi kentang anda lebam, kupas ubi kentang seperti biasa. Rendam di dalam air bersih sehingga anda mahu memasaknya. Sebelum memasak, anda harus membasuhnya terlebih dahulu.

3. SUDU, GARPU BERKILAT

Rendam sudu, garpu atau pisau ke dalam bekas berisi air dan kulit nanas selama beberapa jam. Basuh set tersebut dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas dengan menggunakan air bersih. Kemudian rendam lagi dalam air campuran asam jawa atau asam keping selama sejam. Lap dengan kain lembut hingga kering. Kemudian sapukan minyak masak dan jemur di bawah terik matahari selama beberapa jam.

4. AISKRIM LAMBAT CAIR

Aiskrim memang menjadi kegemaran kanak-kanak dan sangat enak dimakan ketika cuaca panas. Namun sifat aiskrim yang mudah cair pasti menjadikan anda rasa ragu-ragu. ???? ???? ??? ???? Petua mengelak aiskrim cepat cair, masukkan aiskrim ke dalam bekas tahan sejuk dan lapiskan dengan ais secukupnya. ??? 365 Ambil garam halus dan taburkan sedikit di atas ais. Tutup dengan kemas. Hasilnya aiskrim akan lambat cair.

5. CARA SIMPAN DAGING

Tanggalkan pembalut asal daging dan bersihkan kotoran. Ambil aluminium foil dan balut daging dengan kemas dan tebal. ????? ????? Masukkan daging ke dalam plastik zip lock dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Hasilnya daging mampu disimpan lebih dari dua bulan tanpa menjejaskan kualiti dan rasanya.