Bukan Nak Cantik, Tapi Eloklah Kempiskan Perut Untuk Sihat

Bukan Nak Cantik, Tapi Eloklah Kempiskan Perut Untuk Sihat
Bukan Nak Cantik, Tapi Eloklah Kempiskan Perut Untuk Sihat
Bukan Nak Cantik, Tapi Eloklah Kempiskan Perut Untuk Sihat
Wanita memang akan mengeluh tentang perut. Baik yang sudah berkahwin, sudah beranak, mahupun anak dara, perut buncit ni memang dah jadi satu masalah wajib kaum wanita. ???? ???????

Jangan sedih sangat, kita selongkar kaedah-kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Kalau tak banyak, dapat kurangkan sikit perut buncit pun jadilah…

1. Tidur kena cukup
Tidur membantu sistem dalaman tubuh mendapatkan rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel badan yang telah rosak. Bila cukup tidur, sistem saraf, pengeluaran hormon, dan metabolisme kita juga akan berada pada tahap optimum dan akan menjadi lebih cergas. ???? ??????? ????

2. Amalkan minum air limau
Air limau sangat bagus diminum sejurus bangun pagi dan setiap kali lepas makan. Ini membantu fungsi hati untuk mengelakkan lemak terbentuk di pinggang. ?? ??? ?????? Air limau boleh meningkat enzim yang membantu proses nyahtoksik hati kita supaya berfungsi dengan lebih efektif.

3. Curi hari untuk puasa
Berpuasa juga salah satu kaedah untuk ‘nyah’ toksik hati. Amalan berpuasa dikatakan antara teknik mengempiskan perut yang paling berkesan. Lagipun, ini lebih mudah daripada kita merancang diet yang mungkin tidak mampu kita ikut.

4. Minum teh halia
Kebanyakan orang tahu, halia membantu untuk membuang angin dalam badan. Amalan teh halia dapat membantu proses pencernaan secara semulajadi tanpa bantuan suplemen atau ubat-ubatan.

Bila rajin minum teh halia, ini meningkatkan suhu badan dan membantu proses pembakaran lemak terutama pada bahagian perut.

5. Elak terlebih gula dan garam
Pernah tak terasa macam kembung perut selepas makan ‘fast food’ atau makanan masin? Haaa… makanan yang tinggi natrium boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Ya, inilah yang menyebabkan perut kita buncit. Garam berlebihan juga menjadi punca kegagalan jantung, strok, dan kanser usus.

Makan atau minum terlalu banyak benda manis pula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan perut kita. Ah, tak sanggup!

6. Bersenam walau terpaksa
Setiap senaman tu ada fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan beberapa jenis senaman yang sesuai dibuat untuk mengempiskan perut.

Wanita, jangan malas ya! Nak kempiskan perut bukan mudah, kena semangat yang tinggi dan rajin senam untuk kempiskan perut. Selamat mencuba!