BOLEHKAH WANITA HAMIL MAKAN JERUK MASAM UNTUK MENGURANGKAN LOYA?

 

 

 

 

 

“ASSALAMU A’LAIKUM doctor,
saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya
ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa
doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat
mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan
yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya
memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam
rahem saya? Mohon pencerahan doctor”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. ?????? ??? ???? 888

Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal kehamilan adalah perkara
yang normal. Salah satu puncanya ialah disebabkan perubahan paras hormon
estrogen dan progesteron yang berlaku di awal kehamilan.

Perubahan hormone akan menyebabkan deria bau dan deria rasa seorang
wanita hamil menjadi lebih sensitif. Oleh itu ramai yang mengambil
makanan ringan yang berperisa masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Saya menasihatkan agar puan elakkan dari mengambil makanan yang masam
secara berlebihan. Walaupun ia tidak mengganggu pertumbuhan fizikal bayi
dalam rahem, tetapi amalan seperti ini boleh meningkatkan risiko masalah
kesihatan kepada ibu kerana dibimbangi wanita ini tidak mengambil
makanan yang seimbang.

Saya juga menasihatkan agar jangan mengambil jeruk yang diperamkan ke
dalam asid, terutama ketika perut kosong kerana ia boleh menghakis dan
melukakan.

Saya mencadangkan agar puan mencuba makanan yang diperbuat dari
buah-buahan semula jadi yang masam atau memakan buah yang masam. Ia
lebih baik berbanding dengan jeruk yang diperam dengan bahan pengawet
kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Puan boleh mengambil air asam jawa, limau nipis atau lemon untuk
menggantikan jeruk. Pengambilan makanan yang masam haruslah dilakukan
dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap jika ia membantu puan
mengurangkan rasa loya.

Selain itu puan juga boleh mengambil air halia hangat dan elakkan
pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Wallahu a’lam.