Koleksi Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah



1. Parutkan seketul ubi kayu dan

tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan

air suam. Amalkan pada setiap malam.

2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis

hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air

bersih tanpa sebarang pembersih muka.

3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. ???? ??? ???? Setelah

itu, cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali seminggu.

4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak

sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka

perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air

suam.

5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila

separuh kering, cuci muka dengan air.

6. Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus.

Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.

7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai

bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Petua Untuk Mencantikkan Bentuk Muka

Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/petang/malam sebanyak 40 kali

semasa mengadap cermin.

ATAU

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/petang/malam

sebanyak 40 kali semasa mengadap cermin – utk mengurangkan double chin

ATAU

3. berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan utk menampung dagu

– setiap bgn pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – utk mengurangkan

double chin

ATAU

4. berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dgn

telapak tangan (penuhkan muka dgn telapak tangan), siku di atas lutut,

10 minit – utk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi


Petua Untuk Makan Tetapi Kekal

Langsing

Makan dengan Kerap –  Anda
boleh pastikan anda langsing jika makan

dengan kerap.
Tetapi perlu ingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda

makan. Makan
dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya

tubuh anda tidak
kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa

terlalu lapar
membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah Kalori…