1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih
bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat
atau kurang.
2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu
kepada anak.
3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. ????? ????? Emosi yang
sesuai akan dapat merangsang tindakan.
4. Ulang perkara atau perkataan yang penting beberapa kali agar jelas
dan nampak peri mustahaknya.
5. Jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat
dan kenapa ia perlu dilakukan.
6. Jangan menggunakan perkataan “orang pertama” – kamu, anda, awak. ???? ?????? 2024 Ia
akan merangsang bantahan atau naluri melawan. Gunakan bahasa “orang
kedua”
“Abah harap kamu mandi sebelum Maghrib”.
“Abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan”.
7. Beri anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan
membuatkan mereka terasa dihormati dan berkebolehan.
8. Minta cadangan dari anak untuk menyelesaikan masalah mereka. ???? ???????
Contoh :
i. Anak diminta belikan lampu picit untuk membolebkan dia tidur sendiri
di bilik.
ii. Anak mencadangkan ayahnya membelikan bakul untuk baju bagi
mengelakkan pakaian kotor berselerak.
9. Beri maklumat yang lengkap sebelum sesuatu perkara berlaku.
Contoh :
Bapa: Nenek tu tak suka bising-bising, jadi apa yang patut kamu buat
bila nenek tidur kat rumah kita esok?
Anak: Ok lah, Saya tak buka radio kuat-kuat seperti biasa.
10. Gunakan fantasi untuk memberi kesedaran pada anak.
Anak : Abah.. ,naik teksi bah.Tak bestlah naik bas.
Bapa : Eh..Kalau abah jutawan, jangankan teksi, abah belikan kamu
helikopter untuk pergi dan balik dari sekolah!
11. Gunakan humor untuk mengelakkan pertengkaran atau kenang semula
cerita lama yang lucu untuk meredakan suasana yang tegang.