China merupakan satu satunya negara contoh yang dunia boleh ikut sekarang sebab mereka dah proven berjaya 

  • China merupakan satu satunya negara contoh yang dunia boleh ikut sekarang sebab mereka dah proven berjaya membendung wabak Covid 19 dengan segala prosedur dan aturan yang efektif. Negara Asia lain dan negara negara eropah, hatta WHO pun somehow bagi saranan ikut garis panduan pencegahan/rawatan/kawalan yang China buat. Tapi China pula ikut siapa? China tidak ikut siapa siapa. China cuma ikut dan taat pada lesson sejarah wabak yang telah mereka lalui di masa dahulu. Itu lah rujukan utama yang China buat dan praktiskan demi survival mereka (dan dunia) dalam menangani serangan Covid 19. Mengikut sejarah moden, turning point kepada lembaran pembangunan kajian wabak, jangkitan virus, cara pencegahan, SOP keselamatan, dan kajian yang lebih serius ke atas penyakit jangkitan di China – hanya bermula sekitar 110 tahun yang lalu. Lebih tepat, pada 1910 ketika sebuah kota yang sedang pesat membangun di timur laut China (masa tu kita panggil wilayah Manchuria) tiba tiba dilanda penyakit aneh. Kota yang aku maksudkan ni adalah Harbin. Harbin ni dalam province Heilonjiang, province paling utara di negara China. Masa ni tengah pesat perindustrian terutamanya pembinaan railway Trans Siberia bahagian timur. Ratusan malah ribuan pekerja dari Russia yang datang ke Harbin, daripada jurutera sampai lah ke pekerja buruh. Sebab tu di Harbin banyak bangunan yang architecturalnya bercirikan eropah dan salah satu bangunan yang hebat adalah Saint Sofia Cathedral. Harbin pada masa tu sangat maju. Tetapi kemajuan struktural di Harbin yang bermula sekitar 1898 dengan kemasukan ramai rakyat Russia turut mengakitbatkan sesuatu yang lain. Pada Oktober 1910 – tercetusnya The Great Manchurian Plague, sejenis wabak hawar berkait pneumonia yang sangat devastating. Bulan pertama selepas wabak yang tak terkawal, kerajaan China menghantar seorang doktor ke Harbin atas suatu tugas, mengkaji dan mencari penawar kepada Manchurian outbreak. Doktor ini bukan sebarangan. Beliau merupakan bangsa Cina pertama di dunia yang diterima masuk ke Cambridge pada tahun 1896 dengan biasiswa penuh. Seorang doktor merangkap researcher yang genius. Namanya Wu Lien Teh. Di Harbin, Dr Wu buat post mortem ke atas mangsa wabak hawar – dan itu lah post mortem mayat pertama dilakukan dalam sejarah perubatan di China. Doktor Wu juga yang berhempas pulas meyakinkan Russia, China dan Jepun (Jepun pun involve di Harbin pasca Russo-Japanese War) untuk berhentikan semua pergerakan keretapi, tutup station, kawal ketat border kerana dia dah jumpa punca wabak; Human to human interaction. Virus yang boleh survive dalam airborne dan berjangkit dengan sentuhan. Ketika itu, belum pernah dalam sejarah wabak terjangkit sebegitu dan penemuan doktor Wu serta saranan beliau tentang kaedah preventive measures terpaksa diikut oleh interested power di Harbin iaitu Russia, China dan Japan. Cadangan Dr Wu; Harbin diarah lockdown (juga pertama kali dalam sejarah China) Mewajibkan pakai facemask (ramai doktor lain tak percaya cakap doktor Wu masa ni) Mayat dibakar untuk matikan virus. Stesen keretapi semua ditutup. Selepas 4 bulan, walaupun korban nyawa di Harbin melangkau 60,000 orang tetapi China dan dunia sangat berterima kasih kepada Dr Wu. Tanpa kebijaksanaan Dr Wu, entah berapa ratus ribu nyawa boleh melayang akibat Manchurian Outbreak. Dr Wu terus membantu China menangani beberapa lagi siri outbreak, antaranya; Outbreak di Siuyan 1917 Kolera dan Spanish Flu di Harbin 1919 Kolera di Shanghai 1935 Selain itu, Dr Wu turut bantu negara China set up beberapa institusi; Pusat Pencegahan Hawar dan beberapa hospital di Harbin Menubuhkan Harbin Medical University Menjadi Pengarah Pusat Kuarantin Kebangsaan Menubuhkan Persatuan Perubatan Kebangsaan China Menubuhkan National Medical Journey of China Terlibat secara langsung dalam penubuhan Peking University Hospital Dan pada tahun 1935 nama Dr Wu ni dapat pencalonan Noble Prize, tapi malangnya tak menang. China menganggap Dr Wu sebagai dewa yang turun membuka mata mereka tentang perspektif perubatan moden. Dia diangkat sebagai Father of the Chinese Modern Medicine. Dr Wu Lien Teh merupakan legend dalam sejarah perubatan moden di China. Dan persoalan seterusnya, kenapa aku dok borak hal sejarah perubatan moden China dan jasa Dr Wu Lien Teh ni? Sebabnya tuan puan, Dr Wu Lien Teh yang handal dan merupakan bangsa Cina pertama di dunia yang belajar di Cambridge ni; merupakan rakyat negara kita, Rakyat Tanah Melayu! Pada tahun 1896 Wu Lien Teh berlayar ke London dari Pulau Pinang. Dia lahir di Pulau Pinang, belajar di Penang Free School, merupakan anak jati Pulau Pinang. Tahun 1903 beliau kembali ke Pulau Pinang. Dia boleh je kerja di London dan reside terus di sana, tapi dia tak buat macam tu. Dia balik ke tanah air untuk berbakti pada anak bangsa. Malang bagi Dr Wu, kerajaan British nampak dia ni boleh bagi ancaman kerana Dr Wu masa tu lead gerakan anti opium yang mengganggu kepentingan British. Akhirnya Dr Wu kena perangkap. British tuduh Dr Wu sendiri gunakan opium dalam rawatan di klinik, walhal hal sebenar bukan macam tu. Semua barang rawatan kena rampas, kliniknya terus diarahkan tutup tak boleh beroperasi. Kecewa, merajuk, putus asa di Tanah Melayu. Waktu ini lah sekitar tahun 1907-08, Dr Wu dipanggil oleh kerajaan China untuk menjadi timbalan pengarah di Army Medical Centre, Tianjin. Dr Wu berkhidmat dengan kerajaan China sehingga 1937. Ketika kemelut penjajahan Jepun di China, Dr Wu kembali ke tanah air. Dengan reputasi, pengaruh dan jasa yang dah ditabur Dr Wu, dia boleh saja kekal di China. Tapi dia ambil keputusan sebaliknya. Dia mahu kembali berbakti di tanah tumpah darahnya sehingga akhir hayat. Dr Wu balik ke Tanah Melayu. Dia tinggal di Ipoh berkhidmat sebagai doktor biasa, sebelum berpindah ke Pulau Pinang. Doktor Wu Lien Teh meninggal dunia pada 21 Januari 1960 di Pulau Pinang. Jasanya kepada negara China terlalu besar. Dia tinggalkan kepada dunia, kerajaan China khususnya sebuah panduan tidak ternilai dalam mengharungi krisis wabak. Pembangunan kajian wabak, jangkitan virus, cara pencegahan, SOP keselamatan, dan kajian yang lebih serius ke atas penyakit jangkitan di China – dimulai oleh Dr Wu Lien Teh 110 tahun selepas Harbin, kerajaan China hari ini mengunakan semula segala ilmu dan pengalaman seorang anak Tanah Melayu yang diiktiraf sebagai mahaguru, maulana, sarjana, legenda dan godfather perubatan demi menyelamatkan ribuan malahan jutaan nyawa manusia daripada Covid 19 bukan sahaja di China, malahan menjadi ikutan di seluruh dunia. Heil Malaysian!