TAK BERURUT DAN BERTUNGKU SEBABKAN TOMBONG?

  • TAK BERURUT DAN BERTUNGKU SEBABKAN TOMBONG?

MITOS!

Sekali lagi saya nak ceritakan pasal tombong sebab ramai sangat yang mengatakan kalau tak bertungku, berurut dan bertangas nanti kena tombong.

Nak berurut dan bertungku dalam pantang tu nak buat, silakan. Tapi hanya untuk merehatkan badan. Bukan untuk tujuan lain.

Tukang urut bukan murah ya upahnya. Tak semua orang mampu. Baik beli bahan mentah untuk masak, satu keluarga boleh makan.

Bertangas dan mandi air daun herba dan akar kayu, nak buat, silakan. Tapi hanya untuk menyegarkan badan. Tu saja.

Tak buat semua tu? Tak dosa pun. Tak adanya sebab tak ikut amalan tu, semua tu akan menghantui kita sampai mati. Kita ni hidup bujan setakat 42 hari tu saja. Cara kita menjalani hidup kita hari-hari tulah yang tentukan kita ni sihat ke tak.

Saya tahu selebriti dan instafamous memang gunakan khidmat confinement lady lagi. Tapi nak bayar beribu-ribu RM? Saya memang takkan. Saya ni marhaen. Miskin buat cara miskin. Benda tak wajib pun. Tak payah lah nak overdoing it.

Nak pamper ownself tu kehendak. Bukan keperluan. Jangan nak susahkan benda yang mudah. Sebenarnya nak manjakan diri tak perlu pun tunggu bersalin. Bila-bila pun boleh kalau duit ada di poket.

Bila panelis yang juga bani jamu tu kata, ada wanita anak 1 pun dah tombong, saya tahu, dia ni memang clueless.

Dia cakap dia boleh rawat tombong. Saya? Hmmm. Apa-apa sajalah. Kalau tombong peringkat 1 dan 2 tu, hanya boleh kita tengok melalui pemeriksaan menggunakan spekulum. Atau kalau pakar tu ada mesin scan yang canggih, dia boleh tengok tanpa perlu buat vaginal examination pun.

Yang 3 dan 4 tu ya boleh dipegang pun dari luar kemaluan. Dia ada spekulum atau mesin USG ke? Dia tahu ke macam mana nak menggunakannya. Saya memang skeptik lah.

Tombong bermaksud rahim jatuh. Keluar ikut laluan faraj dari kedudukan asalnya di bahagian pelvis. Tengok gambar untuk bagi faham.

Tombong atau uterine prolapse dalam BI, boleh berlaku bila otot dan ligamen pelvis yang menampung rahim dan semua organ dekat situ, LEMAH. Jadi, persoalan saya, bagaimana dengan ambil produk sampah, otot dan ligamen tu boleh jadi kuat? Ni macam bubuh simen dan konkrit ke?

Bayangkan otot dan ligamen kat pelvis tu macam buai. Dan rahim kita tu macam orang yang dok atas buai tu. Bila buai tu tak kuat, macam mana nak tampung kita yang dok atasnya, kan. Faham kan?

Macam mana otot dan ligamen pelvis ni jadi lemah?
1. Wanita yang dah melahirkan anak. Lebih ramai anak, lebih tinggi lah risiko nak kena tombong. Sebab masa bersalin tu, otot dan ligamen pelvis mestilah kena kerja kuat masa proses meneran tu. Cedera otot dan ligamen pelvis tu. Untuk wanita yang tak buat senaman Kegel, otot pelvis mereka tak kuat, lagilah senang kena tombong.

2. Makin tua, makin senang lah kena tombong. Otot pelvis yang tak pernah bersenam selama ni, makin lemah bila usia bertambah. Tengok otot kat muka, kan makin menggelebeh sebab dah hilang kenyalnya bila kita makin meningkat umur. Otot pelvis pun samalah.

3. Gemuk atau obes. BMI lebih 23. Dok sibuk lah pantang lepas bersalin macam nak rak. Telan jamu macam makan nasi. Tapi BMI masih berlebihan! Maknanya apa? Pantang tu salah la. Sebab tak jaga kesihatan sepanjang hayat! Jaga 42 hari saja, yang beratus hari lain? Pantang tengok kan? Bersenam pun 1001 alasan. Tombong berlaku bila wanita tu gemuk atau obes.

4. Kalau jenis kerja angkat berat, lagi mudah nak kena tombong kalau tak buat senaman Kegel. Otot pelvis tu mesti kena kuat bila angkat benda berat. Dan postur angkat benda berat mesti kena betul untuk elak tombong.

5. Wanita yang pernah menjalani permbedahan di bahagian pelvis lebih mudah nak kena tombong.

6. Ada wanita yang mempunyai masalah sembelit yang tak dirawat dengan betul, lebih mudah mendapat tombong. Dia dok meneran tu menyebabkan otot dan ligamen pelvis boleh cedera. Tengok gambar, kan dubur tu dekat kan dengan rahim. ????? ???? ???? ??????

7. Wanita kan ramai merokok dah sekarang. Merokok tu pun adalah risiko untuk tombong ya.

Simptom tombong:
1. Rasa tak selesa atau sakit kat bahagian kemaluan atau ari-ari.
2. Rasa macam ada sesuatu terkeluar dari faraj. Kalau peringkat 1 dan 2, masih tak nampak kat bahagian luar kemaluan tapi rasa macam ada benda sangkut kat dalam faraj.
3. Bila hubungan kelamin, rasa sakit atau tak selesa. Pendarahan dari vagina juga boleh berlaku
4. Susah nak kawal buang air kecil. Kejap-kejap nak pergi tandas. Atau asyik terkencing bila batuk atau bersin.
5. Keluar darah dari faraj padahal bukan waktu haid pun.
6. Keputihan yang banyak sangat dari biasa. Busuk, berlendir semacam atau ada darah.

Satu-satunya cara nak elak tombong ialah dengan menguatkan otot dan ligamen pelvis.

Macam mana?
1. SENAMAN KEGEL. Youtube ada video pasal ni. Kena rajin buat. Kalau ada vitamin M, maka apa lagi saya nak apa. Tombong adalah masalah fizikal.
2. BMI wajib ideal.
3. Makan sayur dan buah. Suplemen atau vitamin takkan berikan kita serat yang ada dalam sayur dan buah yang kita perlukan untuk mengelakkan sembelit. Minum jus buah dan sayur pun tak ada serat macam kita makan buah dan sayur tu. Sekali lagi, tak ada jalan mudah nak sihat.
4. Jangan merokok.

Tolong la. Kalau tak pasti ada tombong ke tak, datang jumpa doktor. Jangan la dok tanya makcik bawang kat FB, hantar mesej kat doktor macam saya atau yang paling teruk, pergi kat bani produk sampah. Mereka tu dah kalah bomoh boleh diagnos penyakit tanpa jumpa pesakit pun. Saya pun tak boleh rawat pesakit dalam alam maya ni.

Kalau masih peringkat awal, senaman Kegel boleh membantu untuk merawat tombong. Berurut dan bertungku takkan kuatkan otot pelvis. ??? ??? ????????

Tapi kalau dah peringkat 3 dan 4, kena pasang alat yang doktor pakar akan masukkan ikut faraj untuk menampung rahim yang terkeluar tu. Saya tak pernah tahu la kalau tukang urut ada alat nak buat macam tu.

Saya bukan anti pantang tradisional. ???? ??? ???? Saya cuma harap wanita Melayu tahu sains di belakang setiap satu amalan yang mereka nak buat. Bila dah faham, barulah boleh buat keputusan, nak teruskan ke tak. Benda tak wajib. Sunat pun tak. Jadi tak perlu nak anuti sampai berparang dan berkeris dengan saya.