RESEPI PELBAGAI JENIS MASAKKAN AYAM

Image may contain: food

Sweet & Sour Chicken
Sumber: IG majalah rasa

?Bahan-bahan?
———————

2 sudu minyak
dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dgn Garam dan lada
4 cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
1/2 cawan tomato paste
1/2 cawan jem raspberry
3 sudu besar gula perang
Sesudu cuka
1 / 4 cawan stock ayam / air biasa / jus dr nenas tin
1 / 2 cawan cili holland hijau
1/ 2 cawan cili holland merah
1/ 2 cawan cili holland kuning
1/ 2 cawan bawang holland
1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus

?Arahan?
————–

Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak

Goreng kan ayam yang telah dia gaul kan dengan tepung.

Setelah ayam keperangan dan angkat dan tos kan minyak.

Dlm minyak yg sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat

Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit.
Kemudian masuk kan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi.

Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas

 — withNorsiah Hj Mahmud.

Image may contain: food

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MAVELES!

Bahan:
Daging ayam, potong medium size
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
0,5 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbu kari
1 sudu besar tepung jagung
1,5 sudu kecil garam
Bahan kisar kasar:
4 ulas bawang putih
6 bawang merah
0,5 inchi lengkuas
0,5 inchi halia
4 serai
3 sudu besar air

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mangkuk. Kisar menjadi pes. Ketepikan

2. Masukkan ayam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung jagung dan garam ke dalam mangkuk besar.

3. Tambahkan pes lalu perap ayam selama 1 jam.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga coklat keemasan.

5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.

6. Ayam goreng berempah boleh dihidangkan semasa panas-panas

Image may contain: food

Resepi Buttermilk Chicken

BAHAN2:
1 ketul Dada Ayam – potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih – cincang
2 tangkai Daun Kari
3 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

CARA2:
1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.
Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.
2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.
Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.
3. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.

Kredit Fb
Resepi Memikat Suami

Image may contain: food

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA

Bahan2 perap ayam :
10 ketul drummet – tak sampai sekilo bersih n toskan
7 ulas bawang putih 
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu gula
Secubit garam

1.Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat … sy xpkai blend sy tumbuk 1 1 smp halus semua nya
2.Lumur pada ayam dan perap minimum 30 minit … lg lama lg bagus

Bahan2 tepung goreng ayam :
1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung

Cara2 nk gorengnya :
1.Sebatikan kedua2 tepung kering
2.Ayam yg dh diperap td masukkn ke dalam adunan tepung sambil golek2 kan ayam td
3. Ready to deep fry dan minyak betul2 panas dan masuk ayam control ja api smp ayam sume masak
4. Dah siap ayam goreng toskan minyak smp btul2 kering

Bahan2 sos :
3 ulas bawang putih
2 sudu cili blender
2 sudu besar gula
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu madu
1 sudu juice lemon
Garam secukup rsa

1.Tumis bawang putih dan cili blender sehingga garing dengan sedikit minyak
2. Masukkn sos cili, sos tomato, gula dan madu
3. Biarkan seketika kemudian masukkn juice lemon
4. Kacau sebati masukkn garam dan sejukkn

Bahan2 hiasan :
Sanggai bijan secukupnya
Daun bawang hiris

Kredit resepi: Wawa Syalwawa

Image may contain: food

Sambal Ayam Cilipadi Tomyam 

Bahan-bahan:
Ayam 8 ketul(bersihkan n akk potong kecik’n goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih
1 sudu mkn pes tomyam
1 btng serai
5@6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam n perasa
1 biji bwng besar-hiris bulat
.
Cara-cara:
Kisar bahan bertanda *
Tumis bahan hingga naik bau..
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan pes tomyam
Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal)
Masukkan garam n perasa
Akhir skali masukkan ayam dan bawang hiris..
Siap!!!

Kredit: Mazliza Ahmad

Image may contain: food

Resepi bihun soto ayam bakar

Resepi Sup
Tumis bawang merah bawang pth halia bga lawang klt kayu mns bga cengkih n buah pelaga
Masukkan air
Biarkan mendidih
Masukkan rempah sup adabi lada hitam
Masukkan kaki ayam
Rebus sampai empuk
Masukkan kentang carrot daun saderi
Perasakan dgn ckp rasa garam aji
.
Resepi Ayam Bakar
Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
Bakar di atas bara api
.
Suun – digoreng dlm myk yg pns tp buka api kecik ja takut hangit
.
Celur bihun
Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup&bwg..
.
Sambal kicap
Cili api kicap bawang pth air limau gula ajinomoto.. Blender
.
Kredit : ???Zarazelah Othman???

Image may contain: food

AYAM MASAK KICAP CABAI TIMBUI jeee!!!

Resepinya simple aje.

?Ayam dipotong2 digaul garam kunyit..dan digoreng(jgn garing2 sgt tau!!)

?1labu bwg beso(potong membulat) yg merah tau. bukan bwg holland?
?5 ulas bwg putih(diketuk2)
?2,3hiris halia
?5biji cilipadi dibelah2(ikut la nak letak bnyk mana)
? Sekeping asam keping
?Kicap secukupnya(cikpooja guna kicap manis). kalau guna kicap masin…kene letak gula lebih ckit tuk balance kan rasa dia na.

Caranya.
? Panaskan minyak.
? Tumis bwg beso,bwg putih,halia dan cili smpai naik bau dan bertukar warna.
? Masukkan kicap . kacau2. masukkan sedikit air dalam suku cawan.
? Masukkan asam keping
? Masukkan ayam yg digoreng td. renehkan sekejap.
? Masukkan sedikit garam n perasa.
?Bila dah semua rasa manis2 masin dah balance. tu tandanya dah sedap lah tu.
Okeyyyyyyy .siap????

Simple je kan!!!
Selamat mencuba ?

Nota kaki.
Cikpooja mmg xletak kulit kayu manih n bunga lawang bagai..sbb anak2 xsuka..
Kalau kome suka..boleh tumis sekali bende2 alah ni time menumih mula2 tu yea.

Kredit: cikpooja

Image may contain: food

Sape dah try resepi AYAM CEKCI KONNA ROGERS cikpoojaStyle nih.

Sedap x??!!
Komen ckit??????

Cikpooja kalau buat ayam nih.
Memang kenyang makan ayam je lahh.
Memang sedap sangat .so juicy n mabelleslicious?

Ada yg terlepas pandang resepi. ni cikpooja re-share

?Ayam bako KONA ROGERS cikpoojaStyle?

?1 ekor ayam(cuci bersih)
?2 labu bwg beso
?7 ulas bwg putih
?2 inci halia
?2 sb pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)
?1 senduk sos blackpepper (sos lada hitam)
?3 sb majerin(cairkan atas api)
?1 biji ubi kentang(rebus empuk)
?1 ketui kiub pati ayam
?1 sk garam
?2 sb gula pasir

Kentang,brokoli, tomato cerry tu optional la. Xnak letak pon xpe. Ayam tetap sedap n sexy?

Semua bahan2 nie cikpooja blande dgn sedikit air(suku cwn air je)
Dah blande semua. perap kan dengan ayam.
Cikpooja perap 2jam sebelom bako. lagi lama perap lagi sedap?
Pas tu bakar suhu 200° 45mnit @sampai masak. Api atas bawah. Ikut pada oven masing2 la yea. Cikpooja suka yang crunchy diluar lembut juicy didalam. sebab tu letak suhu tinggi??

?Nota kaki…
Masa tgh bako tu. kalau air perapan ayam tu macam banjir dalam dulang pembakar. kome bleh cedok buang air tu bg melancarkan proses pembakaran ayam tersebut. baru lah ayam tu garing sekata atas bawah. okeyyyyyyy.?

Sekian..
Selamat mencuba??

Ikhlas resepi by ???Cikpooja???

Image may contain: food

SUP KAKI AYAM ALA THAI
******************
Bhn:
500gm kaki ayam
7 Ulas bawang putih(dibelah dua)
1 ketul halia saiz sederhana(diketuk2 sedikit)
2biji Ubi kentang(belah 4)
1biji Lobak merah(potong ikut suka)
1 pack Cendawan(dicarik2)
2 biji Tomato(belah 4)
2 biji Bawang besar(belah 4)
10 biji cili Thai(diketuk2)
4 helai daun limau purut muda
2 biji limau kasturi/1biji limau nipis
*3 ulas bawang merah(hiris nipis)
*3ulas bawang putih(hiris nipis)
*2 inci halia dihiris nipis
*1 kuntum bunga lawang
*1 inci kulit kayu manis
*2 biji buah pelaga
1 sdb rempah sup/rempah kurma
Garam secukup rasa
Ajinomo (jika suka)
Sy gantikn dengan meggi cukup rasa shj.

.
Cara:
1)kaki ayam dicuci bersih dan direbus bersama halia yg diketuk dan bawang putih yg dibelah dua.rebus sampai kaki ayam lembut.
2)setelah kaki ayam lembut masukkan ubi kentang..rebus lagi hingga ubi kntang lembut.
3)Dalam periuk yg lain tumiskan bhn bertanda * hingga kekuningan dan wangi..masukkan rempah sup yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
4)kemudian tuangkan kaki ayam dan kentang yg direbus tadi kedalam bhn rempah….
5)masukkan garam,serbuk perasa,perahan limau nipis /limau kasturi.bila nmpk dah mendidih masukkan cendawan, tomato,bwg besar,cili padi..kacau dan biar seketika.(sayur2 ini terpulang ikut kesukaan msg2 ye)
6)Bila sdh masak padamkn api dan masukkan hirisan daun ketumbar..
Siappp untuk dihidangkan..?

????Leeina Qaleina???

Image may contain: food

KARI AYAM MINANG

Bahan:
1 ekor ayam
20 tangkai cili padi(klu nk pedas kaw blh + lg)
1 biji bwng besar
3 ulas bwng putih
1/2 inci halia
1/2camt serbuk kunyit
(Mesin semua bhn ni)
1 pkt kecik rempah kari daging(bancuh dgn air)
3@4 biji kntang(belah 4)
5@6 helai daun limau purut
2 btng serai-ketuk
1 kotak santan 200 ml
3 kpng asam keping
garam perasa n sedikit gula

Cara:
Tumis bhn mesin hingga naik bau
Masukkn daun limau n serai
Masukkn rempah kari daging n tumis smpai garing..
Masukkn 2 gelas air
Masukkan ayam dan kentang
Masukkn asam keping,garam gula n perasa..
Masak hingga ayam n kentang empuk
Akhir skali masukkn santan..
.
KREDIT RESEPI : ???Mazliza Ahmad???

Image may contain: food

Resepi Ayam Karamel sedap dan mudah!!! can you use ivermectin with salicylic acid
.
Resepi ni fav admin makan kt restoran, tapi jarang la dpt jmpa restoran yang ada jual ayam karamel ni, jadi kena la masak, sedap sgt!!! Anak2 pastu suka.. Share la!!
.
Bahan-Bahan: ( dlm 10-14 ketul ayam)
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak
5sudu besar gula putih
masak 3 ulas bawang putih – diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili 1/4 cawan (60ml) madu
1 sudu besar sos tiram (ini rahsianya)
.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan gula sampai perang, bila gula sudah perang letak ayam, gaul sebati ayam, nti ayam jdi warna perang juga dan garing sikit. boycott ivermectin Angkat ayam tadi.
3. Masukkan tumis bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
3. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali.
4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua ayam tadi sekali lagi dan masak hingga browned pekat pula (bersalut dengan sos).
5. Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan risau. Sos itu tadi akan kering dan menjadi karamel pada ayam tadi. Siap! Boleh makan dengan nasi atau ratah pun boleh!!
.
Selamat mencuba!!!
.
???Kredit ika???

Image may contain: food

Menu lunch kami ie Ayam masak kicap berempah resipi Mamak Haji yg sgt marbeles! Mekaseh Mamak Haji ye!

Bahan A (Gaul dan perap 1/2 jam)
1 ekor ayam. Berat sekitar 1.6 – 1.7 kg (dipotong 16)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan B
1 batang serai (di ketuk di perdunya)
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Bahan C
1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia
Bahan D (dikisar halus)
3 Biji bawang besar (dikisar halus)
Sedikit air (Jangan terlalu cair. Kisaran 1:1 dengan air)
Tujuan bawang merah adalah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah yang lebih anda boleh kurangkan jumlah bawang.

Bahan E
2 sudu besar rempah Kari Daging
1/2 sudu kecil garam masala
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 sudu besar serbuk cili @cili kering kisar.Mengikut kepedasan yang anda inginkan.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat ‘Mee Yakin’. Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. * Saya gunakan Kicap Lemak Manis kipas udang.
Garam
Gula secukup rasa.
Bahan F
1 sudu kecil jus limau nipis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga 75% masak dan angkat.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai yang telah diketuk. Sederhanakan api dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (bahan B).
3. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia (bahan C) sehingga baunya naik kembali.
4. Segera masukkan kisaran bawang (bahan D) dan tunggu sehingga bawang benar-benar masak hampir kekuningan dan naik bau.
5. Masukan semua bahan-bahan rempah (bahan E) dan biarkan kuahnya didih dan menjadi pekat
6. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 – 15 minit.
7. Rasa masin manisnye. Akhir sekali perahkn jus limau dan kacau rata. Siap!

???drinahar???

Image may contain: food

Ayam Reneh Lada Hitam
.
Ayam separuh..potong kecik..
.
Bahan tumbuk..
Bwg besar sebiji
seinci halia
3 ulas bwg putih
2 sudu mkn lada hitam
( tumbuk hancur)
.
2 btg serai..ketuk
1 sudu mkn penuh sos tiram
2 sudu mkn sos lada hitam
Kicap 4 sudu mkn atau ikut pekat nak.
Rempah 4 sekawan
Sikit gula
Garam
Pati ayam
.
Bhn hiasan
Cili api 7 biji ..blh 2
Cili besar merah 2 biji.. blh 2 ke 4 ker.
daun sup sikit
Daun bwg sikit.
Bwg besar sebiji..potong bulat..
.
Caranya.
.
Tumis rempah 4 sekawan..serai dan bhn tumbuk… tumis sampai wangi… Masukkan ayam gaul sebati… biarkan ayam kenyal jap masukkan bhn sos dan perasa.. Gaul sebati… masukkan 2 cwn air… api sederhana.. renehkan sampai ayam mendidih..
.
Biarkan ayam memekat.. Masukkan bhn hiasan.. gaul sebati..
Rasakan semua… kepekatan kuah ikut kita..
.
Bila bhn hiasa layu sikit dah cukup ttp api..
Siap
.
.
????Rosma Ros???

Image may contain: food

Salam Semua. Lama tak buat bistek ayam versi saya. ? Selalu potato tu saya goreng dulu.. tp sbb nk elak goreng so masuk je camtu.. Senang je. cuma kena tumbuk la sbb nk tumis. kalau blend kang berair pulak.. ok resepi kat bawah.

Resepi Bistek Ayam

Bahan rebus:
7 Ketul ayam (1/2 ekor)
5 Cawan air (bergantung pada kuah)

A. Bahan-bahan tumbuk dan tumis:
1 Sb lada hitam
4 Ulas bawang merah sedang
5 Ulas bawang putih
2 Inchi halia
1 Sb minyak olive
.
B. Bahan-bahan lain:
3 Biji ubi kentan
3 Sb sos tomato
3 Sb kicap
1 St garam
1 St gula perang
.
C. Bahan hiasan:
2 Biji buah tomato di belah 4
1 Biji bawang holland di potong bulat
1 Biji cili merah di belah 4 memanjang
.
Cara-caranya:
1. Ayam di rebus dahulu separa masak.
2. Tumbuk dan tumis bahan- bahan A sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan ke dalam air rebusan ayam, kacau sehingga sebati dan biarkan seketika sebelum masuk bahan-bahan B.
4. Masukkan semua bahan B dan masak sehingga ayam empuk.
5. Akhir sekali masukkan semua bahan C dan matikan api. Siap dan boleh dihidangkan pada yang tersayang ?
.
???Haznie Rozleen Haron???

Image may contain: food

Nampak mudah dan sedap resipi peranakan baba nyonya ni.. Nak try tak.. Jom masak!

AYAM PONGTEH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | dipotong kecil
3 biji bawang merah | dikisar
1 inci halia | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 cawan air
5 sudu makan minyak sayuran
1 sudu teh kicap
1 sudu makan taucu
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula | boleh dilebihkan mengikut citarasa
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong dadu

CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan kicap, taucu dan ayam. Masak selama lima minit.
2.Kemudian masukkan air, garam dan juga gula. Biarkan emndidih selama 15 minit.
3.Dalam kuali berasingan, goreng ubi kentang sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi ayam. Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat.
4.Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas.
.
?rasashare?

Image may contain: food

Buat nasi ayam penyet simple2 je hari ni.. biasanya ada terung bakar berlada.. tapi hari ni tak buat.. alhamdulillah…??????

Resepi Ayam Penyet Pedas

Mula2 kita buat sambal penyet berapi dulu ye..

Resepi Sambal Penyet Pedas Berapi

200gm cili api merah* ( boleh kurangkan cili api , dan lebihkan cili merah kalau tak suka pedas sgt)
3 biji cili merah *
2 biji tomato -dibelah2 kecil*
5 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
3/4 sudu besar belacan*
1/3 cawan ikan bilis yg dah siap goreng( dibuang perut & kepala terlebih dahulu)
Garam
Gula
Perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

– Panas kan sedikit minyak dalam kuali.. Goreng semua bahan2 bertanda sekali arung (*)

– Kemudian bila dah 80% layu semuanya angkat dan satu kan dengan ikan bilis goreng & lenyekkan @ tumbukkan dalam lesung.. (Saya guna lesung indon..teknik tenyeh2kan..?)

– Bila dah 80% hancur tumis seketika dgn menggunakan kuali & minyak yg sama..

– Kacau2, perasakan dgn garam, gula & aji.. Lepas 5 minit tutup api dan angkat..siap..

Selepas itu boleh laa kita teruskan dgn penyediaan ayam pula..

Untuk Ayam:

Bahan2 A:
1 ekor ayam- bersihkan kerat ikut suka.. sebaiknya kerat 4 atau 8
2 batang serai- ketuk
2 helai daun salam- guna yg kering pun boleh
1 keping hirisan lengkuas- ketuk
1 kiub pati ayam
Garam
Ajinomto
1 liter air

Bahan2 B (kisar halus):
7 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar biji ketumbar
5 biji buah keras

Cara2:

– Perap ayam dgn bahan2 kisar terlebih dahulu.. Perap dalam 1-2jam.. Selepas cukup masa perapan sediakan periuk yg sesuai dan satukan semua bahan2 A dan bahan2 B dalam periuk tersebut dan rebus ayam hingga ayam masak.. Anggaran masa merebus dalam 20min..

– selepas 20min tutup api.. Angkat ayam dan toskan..

– Sediakan kuali dgn minyak yg agak banyak.. Panaskan.. Goreng ayam hingga garing.. Angkat ketepikan..

– kalau malas sangat goreng je ayam dengan tepung goreng ayam bestari…tak perlu rebus cuma perap ayam 2jam dengan bahan2 kisar sebelum digaul dengan tepung bestari…

Bahan2 pelengkap menu:
Nasi putih
Terung bakar/goreng
Tempe goreng
Tauhu goreng
Salad
Timun
Tomato

???Adnilsam Apat???

Image may contain: food

Resepi Ayam Goreng SOS Lemon 
?????????
??
Bahan-Bahan

3 keping daging ayam bahagian sukuan peha – pisahkan tulang dan bersihkan
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam – ambil putih telur saja
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam

Cara Memasak Ayam

#1: gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur

#2: selepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.

#3: panaskan minyak dalma kuali dan goreng tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak.

#4: angkat dan toskan kemudian potong sesuai cita sara dan tuangkan sos lemon diatasnya.
??
????????
Bahan-Bahan Sos Lemon
???????
3 sudu besar jus lemon
4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji limau sunkist – ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
2 sudu besar mentega
2 sudu teh tepung jagung – bancuh dengan 3/4 cawan air
1 labu bawang besar – cincang
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan stok ayam pekat maggi

Cara Membuat SOS

#1: panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.

#2: masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat

#3: akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.