Kek Buah Seribu Tahun

Image may contain: dessert and food

Resepi: Kek Buah Seribu Tahun
Masa Penyediaan: 20minit
Masa Pembakaran: 90 minit + 10minit
Suhu Pembakaran: 150c atas bawah + 200 atas
Saiz Loyang: 9inci

Bahan2
1000gm Dry mixed Fruits
2biji Oren
2tbsp Madu
Rendam buah dengan air panas selama 5 minit dan buang airnya. Rendam lagi dengan air panas selama 3 minit dan toskan. 
Dalam mangkuk besar perah buah oren dan kacau madu hingga sebati. Masukkan buah ke dalam langkuk besar dan kacau sebati. Peram selama 2 jam atau semalaman.

250gm Butter (saya guna SCS)
250gm Brown Sugar
4biji Telor (A)
3tbsp Karrmel Masakan
1tsp Perisa Vanilla
1/2 tsp Perisa Orange Oil
1/2 tsp Perisa Rose

Jika suka
1tsp Serbuk Kayu Manis
1/2 All Spice

Pilihan (nak tambah silakan.. xnak xpe)
100gm Almond (cincang kasar dan bakar)
100gm Walnut (cincang kasar dan bakar)

300gm Tepung Gandum / Superfine / Hi Protein

Cara2 (Guna pedal sahaja.. x perlu guna whisk)
1. Masukkan butter dan brown sugar. Pukul hinhga kembang. Pukul dalam 10minit speed sederhana
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan karemel masakan dan perisa. Pukul hingga tiada butiran gula dan berkrim. Perlahankan kelajuan mixer hingga selesai.
4. Masukkan BUAH YANG TELAH DIPERAM. 
5. Masukkan rempah dan kekacang. Pukul lagi selama 5minit
6. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati
7. Tuang ke dalam loyang yang telah dialas baking paper dan bakar selama 90minit.
8. Tambah 10minit dan api atas kepada 200c. 
9. Keluar dan sejukkan
10. Putong guna pisau tajam. Sedia untuk dimakan..