BEST CHOCOLATE MOIST CAKE

Image may contain: food

No photo description available.

RESEPI: BEST CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan2

Bahan A 
180gm Tepung Cap Sauh
1tsp Soda Bikarbonat
1tsp Baking Powder

Ayak bahan semua bahan dan ketepikan.

Bahan B
200gm Gula Perang
160gm Butter
160gm Susu Sejat
200gm Susu Pekat Manis
50gm serbuk koko
1tsp Serbuk Nescafee Classic

Tuang semua bahan dalam periuk. Kacau atas api yg sederhana hingga gula larut. TAK PERLU SAMPAI MENDIDIH. Cukup sekadar panas sahaja.

Bahan C
3biji Telur A
70gm Air Panas Mendidih

Cara2
1. Pukul telur hingg kembang dan gebu.
2. Masukkan adunan koko dan Pukul selama 2 minit. mectizan pharmacie
3. Masukkan tepung dan kacau sebati
4. Masukkan air panas dan kacau sebati.
5. Tuang dalam loyang 10inci dan kukus selama 30minit (jika nak tebal boleh guna loyang 8 atau 9inci tapi panjangkan tempoh mengukus)

Nota:
Jika guna loyang 10inci akan dapat ketebalan kek 1 -1 1/2inci
Pastikan air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan ke dalam kukusan.

Bila buat kek coklat moist.. saya wajibkan adunan kek ditutup dengan plastik atau apa2 sahaja bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kek…

Jangan kukus kek terlalu lama (minima 30minit) untuk elak kek jadi keras

Elakkan guna loyang kecil dan ketebalan adunan melebihi 2inci untuk elakkan kek menjadi padat dan berat.