Resepi: Kek Sponge Pisang
Masa Penyediaan: 20minit
Masa Membakar: 40minit – 50minit
Suhu Pembakaran: 180c
Loyang: Bulat 8inci
Bahan A (Meringue)
5biji Putih Telur A
70gm Gula Kastor
1sk Cream Of Tatar / Jus Lemon
1sk Esen Vanilla / Esen Pisang
Bahan B
5biji Kuning Telur A
50gm Gula Kastor
70gm Pisang Berangan (dilecek)
Bahan C (Ayak)
180gm Tepung Superfine
1tsp Soda Bikarbonat
1tsp Baking Powder
Bahan D
60gm Butter (dicairkan) / Minyak jagung
Cara2
1. Tuang putih telur dalam mixer bowl bersama cream of tatar / jus lemon. Pukul hingga berbusar
2. Masukkan esen pisang / vanilla dan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Pukul hingga bertanduk dan ketepikan.
3. Ayak bahan C
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan gula hingga sebati. Masukkan pisang dan pukul hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau sebati.
5. Masukkan meringue dan kacau (kaup balik) hingga sebati.
6. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam bekas berisi butter cair / minyak masak. Kacau sebati dan tuang semula dalam bekas utama dan kaup balik hingga sebati.
7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar hingga masak.
Selamat Mencuba