Tips kurus turun sebanyak 13kg

Cikgu Nani Turun 13Kg Hasil Dari Amalkan 13 Tips Ini
08/04/2018Pen Hitam

Nak kurus bukanlah mudah. Tapi ia tidaklah sesukar seperti menawan puncak Everest. Semua orang boleh menjadi kurus, tanpa mengira usia atau pun status, dengan syarat anda mesti kekal berdisiplin dalam menjalani program kurus anda.

Dalam artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda 13 tips bagaimana untuk kurus. Tips ini adalah hasil dari pengalaman Noraini Ismail atau nama panggilannya Cikgu Nani. Dan, pengalaman ini telah diringkaskan dalam bentuk point oleh adiknya, Norlia Ismail.

Jom baca!

CARA KAKAK SAYA TURUNKAN BERAT BADAN (72kg – 58.9kg)

1. Bayangkan macam siapa kita nak kurus dan cantik.

Saya yakin mesti kakak saya jadikan saya idola dia.

2. Letakkan target nak turun berapa kg dalam masa berapa bulan.

Contohnya bulan ni mesti turun 500g, bulan depan mesti total weight lost dah 1kg dan sekian-sekian.
Sila rekodkan perubahan berat badan untuk rujukan diri sendiri.

3. Tak makan selepas pukul 7 malam.

4. Jangan skip sarapan pagi.

5. Elak minuman berkarbonat dan minuman manis.

Coca Cola, Pepsi, Milo, Ribena dan lain-lain. ?????

6. Senaman.

Antaranya Bipasha Basu (mulanya ingatkan nama aktres Bollywood).
Main badminton dan lari-lari anak tangga kat rumah. Sebab rumah dia 2 tingkat.
Senaman lain yang berkaitan seperti mengemas rumah.

7. Makan nasi dalam kuantiti yang sedikit.

Lebihkan sayur.
Kalau lapar, minum air masak (air putih) dulu. Lepas tu baru makan nasi.

8. Amalkan minum Green Tea, Apple Cider dan Chia Seed.

Kakak saya minum teh Ahmad. Minum teh hijau dan apple cider 2 kali sehari, pagi dan malam.
1 cawan green tea.
1 cawan air sejuk campur dengan 1 sudu kecil apple cider.

9. Tak makan makanan berasaskan tepung dan mee.

Mee goreng ke, karipap ke, pizza kawan nak belanja ke, cekodok free tuan kedai bagi ke atau apa-apa je yang berkaitan. ????? ??? ?????? 2022

10. Minum air masak 3 1/2 liter sehari.

11. Tak makan supplement.

12. Sokongan.

Terutamanya dari orang yang dalam satu rumah. ????? ?????
Sila elakkan diri dari join sembang dengan orang yang tengah makan kerana dikhuatiri akan terliur dan tergoda. Hihi.

13. Ganjaran.

Kakak saya kata ada ganjaran hebat dari suami dia kalau dia dapat turunkan berat badan. Jadi ganjaran buat dia lebih bersemangat.

NOTA TAMBAHAN

Kakak saya kadang-kadang ada juga masa cheat day dia, sebab tu tempoh nak kuruskan badan dia agak lama (Oktober 2016 – Jun 2017).
Dia kata uncang teh hijau lepas dah rendam, jangan buang. Masukkan dalam peti ais. Sebelum tidur letak kat mata. Boleh hilangkan hitam bawah mata.