Elak simpan telur dalam peti sejuk

Elak Simpan Telur Dalam Peti Sejuk, Risiko Terdedah Bakteria & Hilang Khasiat
Oleh Zaiton Abdul Manaf – September 15, 201763

Menjadi kebiasaan setiap kali membeli telur kita akan mencucinya dan terus disimpan dalam peti sejuk agar telur dapat bertahan lebih lama. Sebenarnya cara penyimpanan ini adalah kurang tepat.

Menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Journal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya. ????? ???? ?????

Telur yang disimpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.

Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella. ???? ??? ??

Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. ????? ???? ?????? Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.

Namun, jika ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut.

Ini kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama. Menyimpan telur di rak pintu peti sejuk menyebabkan suhu akan terjejas dan tidak seimbang kerana ia sering dibuka dan ditutup.

Oleh itu, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.