Cara Nak Bezakan Cili Kering Biasa Dan Ekstra Pedas, Jangan Salah Pilih Kalau Tak Makan Pedas!
Cili kering memang antara ramuan wajib dalam pembuatan sambal. ????? ?? ??? ??? Inilah petua paling utama untuk menjadikan sambal kita sedap seumpama masakan mak di rumah. Kata orang, rasa yang berkualiti. Itulah kelebihan cili kering.
Oleh Shahar Najmi – August 22, 2017143
Namun bagi anda yang tidak makan pedas, hati-hati dalam pemilihan cili kering semasa membeli di kedai. Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya. Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini.
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja. ???? ?????
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. ????? ????? Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih! Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.