Selepas bangun tidur apa yang perlu kita buat

Cara minum air cukup satu hari tapi terjumpa pulak satu info best perkongsian dari dr zubaidi ahmad dari fb beliau . Selepas bangun tidur ape perlu kita buat ? Gosok gigi dulu atau minum air dulu ? Actually kak rauda mmg biasa buat minum air dulu cuma tak tahu ape manfaatnya tp bila baca perkongsian dr oooo patutlah nabi ajar kita gitu…
.
.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno;Hartini,yg terkenal sihat dn cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air sejuk kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini.
.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci ? Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ).
.
NO bertindak mengawal tekanan darah,sebagai neurotransmitter, anti-penuaan,anti-oxidant, anti-inflammatory dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya.
.
Salah satu cara ialah dengan bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita menghasilkan NO secara semulajadi, terutamanya ketika kita tidur.
.
NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu,antaranya. .
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk,NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita.NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita,kesihatan jantung terutamanya.
.
Dengan itu juga,adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yg tiada apa-apa penyakit mulut tetapi hanya untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.
.
Jadi setiap kali bangun tidur minum air dulu okay ? Tag kawan² share info best ni ?