6 Jenis Makanan Untuk Cerahkan Kulit
Selain rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui pemakanan. Tapi apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan? Jom kita semak..
1. Tomato
Amal ambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Buah tomato juga boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.
2. Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.
3. Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
4. Telur
Telur mengandungi lutein yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap. Ya, untuk dapatan kulit sihat anda boleh amalkan pakai masker telur dan mungkin makan telur setiap hari!
5. Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit). Lagi bagus kesannya boleh buat kulit wajah cerah dan mampu elak dari pelbagai masalah kulit.