Tip Mudah Bersihkan Tilam Anda Pasti Suka

Tip Mudah Bersihkan Tilam Anda Pasti Suka
Tip Mudah Bersihkan Tilam Anda Pasti Suka
By Wan Erni Liza
27 Oktober 2015
Biasanya kalau cadar, langsir atau permaidani sekalipun anda boleh cuci atau kalau malas sangat boleh hantar ke dobi. Namun kalau tilam apa yang anda buat? Takkan dah bertahun-tahun guna anda langsung tidak buat apa-apa? Sedangkan tilam makin hari makin gelap warnanya dan mungkin juga sudah berbau. WEB IMPIANA ada tip dan petua yang menarik untuk anda. ???? ??? ????

1. Letakkan satu cawan baking soda dalam bekas jar kecil. Kemudian letakkan 4 atau 5 titis minyak lavender (boleh sahaja kalau nak guna wangian lain ikut citarasa masing-masing). Seterusnya goncang-goncangkan jar tersebut sehabis baik.

2. Sebelum anda mulakan proses mencuci tilam ini di sarankan anda basuh semua cadar dan sarung bantal menggunakan air panas sekurang-kurangnya 130 darjah! Ini akan membunuh hama yang ada. Seterusnya , mulakan dengan menuangkan baking soda pada tilam menggunakan penapis. Biarkan selama satu jam atau lebih, bagi membenarkan ia menarik keluar kotoran, kelembapan, dan bau.

3. Langkah seterusnya, dengan menggunakan vakum sedut perlahan-lahan segala kotoran yang ada. Lakukan keseluruhan tilam dan pastikan anda menyedut atau menarik keluar serpihan dari dalam tilam sebanyak yang mungkin.

4.Baking soda bukan sahaja boleh menarik kelembapan dan kotoran, tetapi ia juga boleh menghilangkan bau. ????? ???? ??? ???? Tilam anda akan berbau segar dan bersih. Minyak Lavender membantu untuk meredakan tekanan dan menggalakkan tidur plus ia juga berbau harum! ???? ???? ???????

Selamat Mencuba…