Jangan Paksa Diri, Ini Menu Malam Untuk ‘Kaki Diet’

Jangan Paksa Diri, Ini Menu Malam Untuk ‘Kaki Diet’

Pemakanan malam hari

Makan malam mungkin menjadi igauan ngeri bagi mereka yang sedang berdiet. Namun anda masih boleh menikmati makan malam bersama keluarga tetapi pastikan pemakanan anda terkawal.

Ini kerana makanan yang diambil berdekatan dengan jarak waktu tidur sememangnya meninggalkan kesan besar terhadap tubuh. MW kongsikan beberapa tip pemakanan pada sebelah malam yang boleh membantu anda. ???? ????????

1. Makan malam sebelum jam 7
Bagi anda yang suka makan malam, amalkan menjamu selera antara pukul tujuh dan lapan malam. Ketika ini, tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan memerlukan makanan untuk menggantikan tenaga ini. Jadi makanan yang anda makan akan sempat melalui proses penghadaman dan digantikan sebagai tenaga, bukan lemak.

2. Makan bubur
Bukan sahaja sesuai untuk anak kecil, tetapi bubur atau nasi air juga sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Pastikan kandungan gula yang sedikit. ??????? ???? ????? Bubur kacang hijau dan bubur jagung antara yang terbaik untuk anda.

3. Buah-buahan
Nikmati buah-buahan segar setiap malam hari. Sebiji epal atau oren cukup untuk menghilangkan rasa lapar anda. Bagi yang tidak suka epal dan oren, anda boleh mengambil pisang atau tembikai. Sudah cukup membuatkan anda kenyang di malam hari. ????? ?? ?????

4. Sup tanpa minyak
Pilih semangkuk sup penuh ayam, udang serta sayuran sebagai pelengkap sup. Pastikan sup direbus tanpa tanpa minyak. Elak mengambil sup daging yang dapat meninggikan tahap kolestrol dalam darah.

5. Dua keping roti
Roti kosong yang dibakar tanpa mentega atau jem cukup baik untuk tubuh bandan. Lengkapkan dengan secawan minuman coklat atau susu panas. Hidangan ini nampak rngkas tetapi memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan.

6. Air kosong
Sebagai pelengkap makan malam anda, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam. Sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai. Amalkan mengambil air kosong setiap hari agar jumlah air dalam tubuh anda mencukupi.
12