Cerahkan Bawah Mata Dengan…

TIPS : Cerahkan Bawah Mata Dengan……….
posted on Friday, January 22nd, 2016 Facebook Tweet Pinterest Email
dark_eye_circles_indian_skin-750×509
Kulit bawah mata adalah kawasan kulit yang paling sensitif. Sebab tu lah kita kena kasi perhatian yang lebih dekat kawasan tu. ????? ???? ??? ??? Lapisan kulit di bahagian itu sungguh nipis dan senang untuk terjejas.

Lingkaran gelap bawah mata atau dark under eye circles adalah perkara yang normal untuk terjadi dekat semua individu dan punca terjadinya masalah itu adalah berlainan antara satu sama lain.

Salah Faham Mengenai Lingkaran Gelap Bawah Mata

Tidak dinafikan, ramai yang menganggap lingkaran bawah mata adalah berpunca oleh waktu tidur yang tidak mencukupi. Padahal, itu bukanlah sebab yang munasabah untuk permasalahan ini.

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata

Alahan: Masalah hidung tersumbat boleh menjadi sebab utama lingkaran gelap bawah mata. Ia dapat menyebabkan urat yang berhubung dari kawasan sekeliling mata hingga ke dalam hidung mengembang dan menjadi gelap. Ini termasuk alahan kepada makanan serta alahan terhadap persekitaran.

Kekurangan Vitamin: Kekurangan zat atau kandungan vitamin dalam badan akan mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata. Kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Kekurangan zat yang menyebabkan kondisi badan kita bermasalah, kulit yang akan dapat tempias. Korang mungkin kekurangan vitamin B12, E, K, dan D.

Keturunan: Ada logiknya juga kalau masalah lingkaran bawah mata ini disokong oleh faktor genetik atau keturunan. Contohnya, seseorang individu itu mewarisi lapisan bawah mata yang terlalu nipis sehingga urat-urat di bawah lapisan kulit bawah mata terlihat lebih menonjol, menyebabkan kompleksi tona wajah menjadi gelap.

Lemah Hati: Kalau organ hati kita tidak dapat berfungsi dengan baik, sukar baginya untuk menghapuskan toksin daripada badan. Ramai yang mengaku dapat melihat perbezaan lebih baik terhadap penampilan lingkaran gelap bawah mata mereka selepas melakukan pembersihan hati dan detoksifikasi.

Petua Semula Jadi Untuk Mengurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Vitamin E Topikal

VitaminE1-e1453219690567

Merujuk kepada satu kajian, penggunaan krim yang kaya dengan kandungan Vitamin E boleh mengurangkan keterampilan lingkaran gelap bawah mata.

Pudina

Minty-lip-scrub-mix-1024×768-e1453219608774

Tampal daun pudina yang telah hancur pada bahagian bawah mata dikatakan amat berkesan untuk mengurangkan warna gelap berkenaan.

Vitamin A, C, E dan K Topikal

eye-cream-simply-laser-brisbane-lr-e1453219227762

Krim yang mengandungi Vitamin A, C, E dan K secara efektifnya dapat membaiki lingkaran bawah mata apabila di sapu 2 kali sehari. Labu juga boleh digunakan sebagai masker bawah mata kerana mengandungi Vitamin A, C dan K.

Ubi Kentang

potato-chips-2-e1453219472821

Untuk menggurangkan lingkaran bawah mata serta bengkak, korang boleh ambik hirisan ubi kentang atau sapu jus ubi kentang pada kawasan kulit yang terlibat.

Uncang Teh

mata-3-e1453219427654

Uncang teh yang telah disejukkan boleh membantu mengurangkan lingkaran gelap serta-merta. Selepas merendam uncang teh dalam beberapa ketika, simpan ia di dalam peti sejuk sebentar. Selepas sejuk, letak ia pada permukaan bawah mata selama 15 – 20 minit.

Tidur Yang Cukup

Sleeping-Woman-e1453219571288

Tidur yang tidak cukup bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap ini, tetapi ia akan mengeruhkan masalah tersebut. Kalau korang mendapat tidur yang kurang, kulit korang akan hilang keanjalan serta kelembapan.

Dehidrasi

Slim young woman drinking water after training

Kekurangan air dalam badan akan menyerlahkan lagi penampilan lingkaran gelap berkenaan. Apabila badan kita mengalami dehidrasi, kita akan hilang kelembapan kulit, sekaligus memberi kesan buruk terhadap kawasan sensitif bawah mata.

Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan

istock_000007169515large_wide-62c85c6325cd29dd72aa0d12234739d7a1acdd49-e1453219351838

Garam diperlukan untuk badan berfungsi. Tetapi, kalau diet pemakanan korang merangkumi pengambilan garam yang berlebihan, ia akan mendorong aktiviti pengumpulan air dalam badan yang tidak normal di antara tisu dan rongga badan. ?????? ???? ?????? 2022

Sumber : wanista

– See more at: http://www.suriafm.com.my/gaya-hidup/tips-cerahkan-bawah-mata-dengan/#sthash.zsSl2WoD.dpuf