Ketahui Cara Yang Tepat Untuk Menghilangkan Buncit Perut Selepas Bersalin

Ketahui Cara Yang Tepat Untuk Menghilangkan Buncit Perut Selepas Bersalin
Salam..Hai mommies

Tips untuk menghilangkan perut buncit selepas bersalin ni memang antara keywords yang google dah ingat dan set dalam otak dia. Tak payah nak taip panjang-panjang kot, taip je perut buncit berjela tajuk pasal ‘perut buncit’ yang google tawarkan. Antaranya tips agar perut tak buncit, tips agar perut kempis, petua hilangkan buncit perut selepas bersalin, petua hilangkan lemak di perut dan banyak lagi. Nampak tak disitu betapa ramai sangat wanita atau lebih spesisifik lagi kaum ibu yang menghadapi masalah perut buncit ni?

Iyaaa.. op kos la iols pun sama.hahaha.. Meh nak cerita. Mami kan boleh dikatakan antara kategori orang yang agak kerap mengandung a.k.a anak rapat-rapat. Kalau nak banding dengan kawan2 kat UTM yang sama-sama study dulu, mami la antara orang yang paling produktif (adalah sorang lagi member tu dia pun sama hebat gak beranak rapat2,hehe). Walaupun mami takdelah kawin awal sangat, ada lagi yang kawin lagi awal, tapi mami termasuk dalam senarai yang paling ramai anak.. (iyee 4 je punnn..khen?hehe) Dalam erti kata lain, husben mami pun tutut dilabel sebagai produktif oleh rakan2 sepersekolahannya dulu (pelik tau orang nak beranak ramai pun dorang nak bising. Suka hati iols la, bukan korang yang jaga makan pakai basuh berak anak aku pong. ???? ??????? 365 hahah). Tapi, ada aku kesah???hahah..biasalah mulut orang, suka cakap macam2..

Jadinya, memandangkan mami asyik mengandung je, dan setiap kali mengandung perut mami mesti besar. Sebab mami adalah orang yang sangat kuat makan time mengandung jadi naiklah kilo sehingga 20+kg setiap kali mengandung. Sampaikan doktor suspek mami ada kencing manis sebab pernah dalam 2minggu naik 4kg.hahaha..(ni sebenarnya penangan kuat makan manis2 time pregnant, ikut pengalaman mami kalau kuat makan manis ni berat memang senaangg amat naik..)

Anak sulung, mami bersalin czer. So time berpantang tak dapat nak bertungku bagai. Tapi kulit perut mami takdelah pecah.(Kulit perut tebal kot..hehe) Still ok, peha dan betis je kot yang pecah kulit. Yang mami perasan, kulit perut pecah tak pecah ni pun ikut orang gak, ada yang jenis pecah, ada yang jenis kulit perut cantik je. Bila Yusuff masuk 8 bulan, mami buat UPT test sebab hidung mami tetiba jadi agak sensitif. Takleh cium bau sotong.. dalam hati kata, aikk ini dah pelik ni..so mami beli UPT test tu, dan cek tengok, POSITIF!!. Okay, baby baru masuk 8 bulan, bersalin czer, sekarang dalam perut ada baby yang dah nak masuk 5 minggu.hahaha..

Lepas tu, masa Nuur dah masuk 10bulan mami mengandung lagi. Oh ya, mami bersalin normal masa Nuur ni. ????? ???? 2022 Lepas 9 minggu mengandung adik kepada Nuur, mami alami keguguran. Lepas tu mami sempat mai period sekali sebelum lekat kembar pula. Time kembar lahir masa 38minggu, umur nuur lagi seminggu masuk 2 tahun.

Pengalaman keguguran ketika kandungan berusia 9 minggu, (klik disini)

Okay, baru nak stat cerita pasal buncit perut ni. (panjang betul intro kan.hahah..). lepas habis pantang tu, mami perasan, kenapa perut mami rasa pelik bin ajaib bila disentuh. Kan mami ada bagitau tadi betapa hebat kulit perut mami yang still cantik walaupun perut besar time mengandung tapi kulit tak pecah. Time mengandung kembar, say bye2 to kulit cantik. Dah pecah okay!!haha.. penangan dua baby yang agak besar dalam perut, Ahmad 3.2kg, Muhamad 2.7kg, tamatkan riwayat kulit perut cantik.haha..

Yang tinggal kulit yang menggelebeh. Korang dapat imagine tak, kulit tu jadi macam kain tau. Siap boleh ditarik, pastu bole lagi kalau nak lipat. Eh..eh..dapat tak bayangkan?hahaha.. cemana ye nak explain.. memang teruk aa. Pastu bila baring, mami dapat rasa ada lubang kat kawasan perut. Kat atas pada pusat. Macam ada ruang kosong yang agak besar. Huisshhh.. takut mami tau!! Dah kenapa dengan perut aku ni. ?????? ????? ???????? huhuhu..

Dah la dengan kulit yang mengelebeh habis, siap boleh tarik dan lipat, mana ko nak cari.haha.. pastu ada lubang lagi. Bila pakai corset (mami beli corset cosway) lagi la nampak sangat kulit yang mengelebeh macam kulit orang tua yang kulit tu dah terpisah dari isi. Scary kan??huhu.. Mami tanya husben, kenapa perut mami pelik ni, lain macam je, husben is just cakap “ohhooooo” (well u know, ko ingat laki ko ada nak kesah? mujur je dia nak dengar luahan hati uols.haha).. dan bulan berganti bulan..mami buat2 tak kesah je dengan keadaan perut ni. Mami just teruskan je minum ESP sebab mami nak bina balik otot kat perut dan nak bagi cantik balik kulit. Lagipun mami kan BF si kembar, so memang amalkan ESP ni sebab nak bagi susu pekat biar sikembar kenyang dan debab.hehe..

Mami pun turut amalkan vitamin untuk kurus balik macam set ni.

Dan ditakdirkan pada satu hari, mami ternampak ada sorang mommy kat grup anak kembar, dia share pasal “Diastasis Recti”. Korang pernah dengar tak pasal diastasis recti ni? Mami 1st time dengar. Baca punya baca, rupanya benda ‘perut macam berlubang’ ni lah yang dipanggil diastasis recti. Biasanya masalah diastasis recti ni hanya dialami oleh sesetengah wanita yang pernah bersalin. Bukan semua akan mengalaminya. Jom baca info ringkas kat bawah ni samada korang termasuk ke tak dalam golongan mereka yang alami diastasis recti ni.

Apa itu “Diastasis Recti”?
Diastasis Recti ialah satu keadaan bilamana otot abdomen yang selari terpisah ke kiri dan kanan disebabkan oleh tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah.

Diastasis recti biasanya terjadi akibat tekanan yang berlebihan didalam rongga perut, keadaan yang biasanya berlaku ketika di akhir usia kehamilan (trimester akhir) bilamana perut menjadi semakin membesar. Bila otot perut tidak dapat berfungsi secara optimum, maka diastasis recti akan berlaku.

Diastasis-Recti-mamakembarBila otot meregang ke kiri dan kanan, tisu penghubung (Linea Alba) akan menjadi lemah, perut (termasuk kulit luarannya) sudah tidak mendapat sokongan dan tidak stabil. Sebab itulah perut akan kelihatan buncit dan mengelebeh.

Siapa yang berisiko untuk mengalami ‘Diastasis Recti’?
Wanita yang berusia 35 tahun keatas
Bayi dalam kandungan yang terlalu besar
Kehamilan kembar
Kehamilan yang kerap
Salah senaman sebelum dan selepas bersalin

Semasa hamil, rahim akan membesar dan memberi tekanan dari dalam. Tekanan ini akan memaksa otot meregang ke kiri dan kanan. Sebab itulah, kebanyakan wanita yang sudah hamil beberapa kali memiliki perut yang buncit seperti orang yang masih mengandung.

Bagaimana nak kenalpasti adakah anda mengalami ‘Diastasis Recti’ ataupun tidak?
Ikuti langkah berikut:

1. Baring dengan lutut dibengkokkan

2. Angkat sedikit kepala, dan tekan jari-jari tengah melintang bahagian atas pusat. Anda akan dapat rasa ada ruang kosong.

Atau:

1. Cuba buat gerakan seperti senaman “sit-up”.

2. Tengok jika ada benjolan/buncit di bahagian atas pusat atau bahagian bawah pusat.

3. Kalau ada, iya, anda ada diastatis recti.

Macam mana nak atasi masalah “Diastasis Recti” ni?
Inilah kesalahan yang paling besar kebanyakan dari kita sering lakukan.

“SIT-UP”!!

JANGAN!!!! Kita dah silap!!

Untuk mengatasi masalah diastasis recti, senaman seperti sit-up, crunch dan planks bukan penyelesaiannya. Senaman ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Dalam erti kata lain, akan jadi lebih buncit!!

Ini kerana, senaman perut seperti diatas akan menarik otot perut keluar, sedangkan diastasis recti perlu perlu diatasi dengan menarik otot perut kedalam. Jika anda nak buat sit-up untuk mendapatkan six pack, tunggu sehingga masalah diastasis recti anda sembuh.

Terdapat senaman khas yang boleh diamalkan untuk merawat diastasis recti ni. Contohnya macam kat bawah atau korang boleh g kat sini untuk penjelasan yang lebih detail.

Pada pendapat mami sendiri, selain daripada senaman yang disyorkan macam kat atas ni, mulai dari saat ini marilah kita bersama-sama mengamalkan dengan penuh disiplin pemakaian bengkung ketika berpantang dan diteruskan dengan pemakaian korset. Kalau ikut mommy2 yang beranak kembar, ramai juga yang sarankan untuk mengamalkan bertungku. Takyah upah tukang urut nak tungkukan kita, beli je tungku, tungku sendiri perut tu.

Mami pun masih mencari2 tungku sebab taknak bagi perut makin buncit. Alhamdulillah dengan mengamalkan esp, lecithin, omge, ostematrix dan alfalfa, mami dah dapat balik berat masa anak dara dulu, 53kg daripada 75kg. Perut mami pun alami banyak perubahan. Dulu pakai korset saiz M, guna butang tengah rasa mak aiii ketat. Sekarang, guna butang dalam sekali, kulit menggelebeh pun dah tak segelebeh dulu. Tapi still masih ada. Tipu la kalau takde. Tapi yang penting dah sangat2 berkurangan dah buncit dan gelebeh tu walaupun mami dah lama stat minum ais.huhu.. kan ais tak molek tuk perut. Nanti buncittt..huahuha.. tp mami tak tahan godaannya.huhu.. kalau korang boleh elak, plss elak la ais.

Biasanya wanita lepas berpantang memang akan kurus, dan sebenarnya tak payah makan set2 kurus bagai pun in shaa allah berat still akan turun, yang merisaukan kita sebenarnya adalah masa lepas habis pantang. Tempoh lepas habis pantang ni, bila semua benda kita dah belasah makan, portion makan pun dah tak jaga, makan banyak, time cenggini la berat akan stat naik balik. Naik dengan cepat pulak tu. Kalau wanita yang dah 30-an, lagilah cepat naiknya.

Kat sini la sebab utama kenapa kita mesti amalkan vitamin atau supplemen untuk menjaga berat badan. Bila baby dah semakin kurang menyusu badan, lemak pun semakin payah nak dibakar. Kalau baby menyusu tu takpelah, sebab proses penyusuan itu sendiri dah bakar banyak kalori, bila baby dah masuk 6 bulan mommies kena stat berhati2.

Kalau korang nak tips hilangkan buncit lagi, boleh cek kat sini dan sini. Selamat menghilangkan buncit perut. ^___^