Cara Mengatasi Bayi Menangis
Tahukah anda, apakah sebab bayi menangis? Jika belum, boleh baca artikel ini.
Namun jika kesemua sebab di atas telah diperiksa dan tiada masalah, mungkin ini akan meresahkan anda sebagai ibu. ????? ?? ??? ??? Ini pula adalah artikel tentang cara menenangkan bayi menangis tanpa diketahui sebabnya. Seperti yang diketahui sebelum ini, salah satu cara bayi berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya adalah dengan menangis.
Berikut adalah 10 cara menenangkan bayi yang menangis:
1. Cuba bedung atau peluk erat
Ada bayi yang sangat suka dibedung dan rasa selamat bila berada erat dalam dakapan. Jika kesemua sebab menangis tadi sudah diperiksa dan bayi masih lagi menangis, cuba cara bedung dan peluk ini.
2. Hisap sesuatu.
Jangan jadikan ini amalan. Namun tidak salah jika mencuba kalau anak tidak berhenti menangis. Letak jari anda ke mulut bayi. Mungkin dia rasa selamat.
3. Muzik dan irama
Pasang muzik, lagu atau irama yang bersesuaian. Mungkin anak akan rasa tenang dan berhenti menangis,
4. Bunyi bising
Kadang kala ada juga bayi yang suka kepada bunyi tertentu seperti bunyi vakum, pengering rambut dan bunyi kipas. Anda boleh cuba cara ini!
5. Udara segar
Cuba bawa bayi anda keluar dan ambil udara segar. Mungkin dia akan rasa lega dan tenang
6. Air suam/hangat
Cuba mandikan anak dengan air yang hangat atau suam yang bersesuaian dengan anak. Sesetengah bayi yang menangis akan rasa lega selepas dimandikan. ????? ??? ?????? 2023
7. Pergerakan perlahan
Dodoi atau bawa bayi berjalan dalam pergerakan yang perlahan. Mungkin akan memberhentikan tangisannya.
8. Urutan
Urut perlahan bayi anda. Gosok kaki dan badannya. Mungkin dia suka!
9. Jalan-jalan dengan menaiki kereta
Ada bayi yang akan senyap dan mungkin tertidur setiap kali menaiki kenderaan. Jika tangisannya sudah tidak terkawal, anda mungkin bawanya keluar berjalan sebentar dengan menaiki kenderaan. payeer bank
10. Tepukan perlahan
Ada anak yang suka ditepuk-tepuk badannya. Ada yang tertidur jika ditepuk-tepuk. Anda boleh cuba cara ini!
Selamat mencuba!