Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung
Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung
Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-
Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung
Panjatkan doa pada Allah
Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
Banyakkan berzikir
Banyakkan membaca Al-Quran
Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
Tidak terlalu tertekan atau stres.
Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
Rajin mengukirkan senyuman
Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung pula:-
Usah lakukan perkara maksiat, hadirkan diri ke majlis ilmu
Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
Elakkan makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s. ??? ???? w.t.
Jauhi pertuturan yang negatif
Jauhi membuka aurat
Jauhi amalan khurafat
Antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung ialah:
Dekatkan diri dengan naskhah Al-Quran
Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)