PETUA UNTUK SEGALA MASALAH

Petua Untuk Kulit Tegang Tetapi Lembut

Goreng beras pulut hitam sehingga setiap biji beras itu pecah dan
menjadi putih. Sejukkan beras pulut yang sudah digoreng, kemudian kisar
hingga halus. Ambil sedikit beras yang dikisar dan campurkan dengan air
suam dan sedikit perahan limau nipis. Jadikan seperti skrub dan sapukan
ke wajah anda setiap malam sebelum tidur.

Petua Untuk Menghilangkan Parut

Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit.
Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila
keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia
akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini
dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. ???? ?????? ??????? Setelah sebati,
sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan
sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang
berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu
malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut. yyy casino

Petua 4 : Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau
kulit pisang kapas.

Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih.
Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. ?????? ???? ????? 2024 Kemudian, campurkan dengan sedikit
air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan
perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan
air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang
memuaskan.

Petua 7: Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di
serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman
dan cuci keesokannya dengan air suam.

Petua 8: Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan
bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga
anda dapat lihat perubahannya.

Petua 9: Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan
cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk
tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Petua 10: Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk
menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di
bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

Petua 11: Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit.
Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila
keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan
selalu dan lihat hasilnya.