Gambar Anuar Zain @ Sidang Media A Nite With. . .Anuar Zain

Posted: 26 Mar 2008 11:43 AM CDT
Pada 26 Mac 2008, telah berlangsung majlis sidang media bagi Showcase A Nite With… Anuar Zain di Restoran La Bodega, Pavilion.

Untuk info kalian, Showcase A Nite With… Anuar Zain ini adalah satu majlis makan malam istimewa lagi eksklusif di mana hadirin dapat enjoy, berseronok sambil berhibur bersama Anuar Zain. Bertemakan Glamourous Nite perggggghhh, dinner show ini akan berlangsung pada 2 Mei 2008 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, nak habaq, Anuar Zain akan menyanyikan lagu Ketulusan Hati di Anugerah Bintang Popular 2007 pada hari Ahad ini! Memang lagu favorite Saya!
Dengan harga tiket RM300, RM350, RM400 dan tiket istimewa RM650, pakej meja berharga RM3000, RM3500, RM4000 serta RM6500, Wow boleh tahan harganyer kan . . . penonton yang hadir pada majlis itu nanti bukan sahaja akan dihiburkan dengan persembahan artis hebat ini malah akan turut dihidangkan dengan hidangan makan malam istimewa berserta cenderahati daripada pihak penganjur.
Kepada kalian, peminat-peminat setia kepada penyanyi Lelaki Ini yang mengimpikan untuk menyaksikan persembahan hebat daripadanya, kalian boleh membuat tempahan tiket.


Berikut ini, gambar yang sempat Saya rakam untuk peminat Lagu Ketulusan Hati ini. Bertemu Anuar tadi, rasa saya dia masih ada charming, aura, sentimental dan gorgeous!

Leave a Reply