Posted: 29 Mar 2008 12:19 PM CDT
Konsert Akademi Fantasia Minggu Ke-2 baru sahaja melabuh tirainya. Ramai yang bertepuk tangan seolah mengiyakan dan bersetuju dengan penyingkiran Ika; seorang pelajar yang dikatakan bermasalah dalam Akademi. Bermula dengan cerita di mana Ika dikatakan gedik dan terlampau banyak songeh sehinggalah kepada isu penukaran lagu yang tidak pernah berlaku dalam program paling digemari itu.
Dan satu lagi sejarah telah tercatit malam tadi di mana persembahan semua pelajar untuk lagu Menuju Puncak dibuat secara miming; tanpa vokal dari pelajar. Apa sudah jadi sebenarnya? . . . Ehmmmmmmmmmm. Produksi terpaksa mengambil langkah (persembahan miming) atas alasan persembahan pelajar untuk lagu keramat itu masih tidak kemas dan khabarnya memang hancur ketika sesi rehearsal.
Dahsyatnyerrrrrrrr . . .
Nampaknya, ini adalah langkah selamat untuk memastikan kelancaran konsert. Seolah-olah, pelajar tidak dapat fokus untuk menyanyi dan pada waktu yang sama mereka perlu menari. Daripada melihat persembahan hancur, baik kiranya mereka diberi peluang dan memberi ruang kepada mereka untuk menari tanpa menyanyi. Untuk minggu ke-3, sekiranya tarian pelajar masih lagi hancur, nampaknya persembahan miming terpaksa digunakan.
Dari segi persembahan, nampaknya konsert kali ini tidak banyak berubah daripada minggu lalu. Malah ada pelajar yang masih berada di tahap yang sama. ?????? ???? ????? Tetapi tidak semua prestasi pelajar menampakkan penurunan. ??? ??????? Mama Rina menampakkan peningkatan dengan persembahan yang unik di mana beliau menyanyi dengan caranya tersendiri. Saida pula telah menunjukkan bakatnya menari dengan show yang agak baik.
Saya nie pengkritik bebas . . . almaklum ler . . . ?
Dari segi vokal, masih ramai lagi pelajar yang berada di tahap yang sama. Masalah mencari ‘center’, keunikan X Factor, suara sumbang, kurang penghayatan, komunikasi dengan penonton dan kurang stamina masih menjadi isu utama untuk diperbaiki oleh pelajar.
Permulaan dengan lagu parodi versi dangdut di saat memperkenalkan pelajar seakan tidak sesuai kerana agak klise dan masih tidak kreatif untuk menghangatkan pentas. Namun, nampaknya AC bertambah yakin menjadi hos walaupun pada malam tadi terdapat kesilapan.
Pengkritik tetap, Ogy Ahmad Daud tidak dapat bersama Ning pada malam ini kerana terpaksa menjalani sesi rehearsal di Arena of Stars untuk Anugerah Bintang Popular malam esok. Kehadiran Adlin Aman Ramli sekurang-kurangnya dapat menceriakan konsert malam tadi dengan komentar yang membina. ?? ??? ???? ??????
Ramai yang sangat kecewa melihat persembahan pelajar AF. Namun, Saya kira apa kata kita berikan peluang kepada program ini agar mencari X Factor nya kembali.
Kejutan malam tadi mungkin antara yang ditunggu oleh Saida di mana Saida berpeluang bertemu dengan 3 orang anaknya dan suami tercinta dalam masa 1 minit. Selepas itu, Saya lihat Saida masuk ke belakang pentas ditemani Mama Rina. Sah-sahlah Saida akan menangis sebab Saida ni sebenarnya seorang yang sangatlah sensitif. Kesian betul tengok anak dia yang kecil tu… mesti rindu giler kat mak dia.Comelnyer anak siti saida, huhuhu. . . sian saida kan.