SIHAT BUKAN HANYA UNTUK ORANG KAYA

SIHAT BUKAN HANYA UNTUK ORANG KAYA

Kita ni tekaknya Melayu. Poket tak berapa nak tebal. Nak makan sihat tak semestinya cara Barat. Atau yang bani Melayu agung-agungkan sekarang, makanan yang datang dari tanah Arab. No, Royal Vegas casino is not https://www.siliconvalleycloudit.com/bus-trips-to-maryland-live-casino-from-norfolk-va/ a scam. Sunnah Rasulullah SAW kata mereka.

Nak sebut pasta kat pesakit pun saya pandang kiri kanan. Dia tu miskin, pastu saya suruh dia makan pasta, ganti nasi. Hello, mahu dia kata, doktor ni tahu tak, yang dia makan beras yang paling murah? Patutnya saya cakap kat dia, untuk kawal porsi nasi tu. Bukan tukar pada pasta, quinoa atau roti.

Ikan tak semestinya salmon atau trout. Ikan kembung, selayang, selar kuning kan murah. Ikan merah, jenahak, parang, siakap pun saya tak pernah cadangkan pada pesakit saya. Real money is always used before bonus money when playing with an active bonus https://tpashop.com/raging-bull-casino-no-deposit-codes-2020/ on the account. Sebab saya tahu ikan tu mahal. Sihat bukan hanya untuk orang kaya.

Ayam atau daging bakar atas kuali atau dalam ketuhar tak semestinya herba penyedap rasa tu oregano, thyme, rosemary, parsley, basil. Gunalah biji ketumbar, serai, kunyit, halia, bawang putih, jintan yang kita ada. Kan murah. Dok sibuk nak guna segala rempah dan herba tu minum jadi air yang rasa tak sedap tu dah kenapa. Padahal kalau diguna dalam masakan kan penambah rasa.

Daun salad, timun jepun, lada benggala sebagai sayur mentah tak semestinya pilihan kita. Tak perlu pun beli buah zaitun kalau duitnya sikit. Tu benda mewah. Ulam-ulaman kita punyalah banyak. Pegaga, pucuk gajus, tenggek burung, ulam raja, selom dan segala ulam yang ada tu dah cukup bagus.

Singgang tu sup yang sihat kan. Penuh rempah ratus. Sedap pula tu. Tomyam siap lengkap dengan sayur dan protein, dah tak payah nak masak lauk lain.

Stim ikan dengan limau, daun ketumbar, serai dan daun limau purut tu pun tak kurang sedap kan. Langsung tak ada minyak pun. Yang ada lemak dari ikan. Tak payah pakai lemon yang RM2 sebiji tu, limau nipis kan murah. Kadang belakang rumah pun ada.

Sekali lagi, makan secara sihat bukan semestinya kena mahal. Untuk orang kaya semata. Ia adalah untuk semua. Kita sesuaikan dengan resepi yang kita warisi dari susur galur kita sebagai Melayu nusantara. Saya bangga sebagai Melayu yang ada campuran darah macam-macam.

Contoh mudah. Sekarang pakat dok angkat minyak zaitun. Tapi tak perlu pun sampai minum minyak zaitun. Gunakan dalam masakan sebab ianya makanan dan pastinya tak boleh digunakan sebagai ubat. Minyak zaitun mahal ya. Jangan dok sembang suruh orang beli minyak zaitun bila dia nak beli buah pun terkebil-kebil kira duit dalam dompet. Apakah dia tak layak sihat sebab dia miskin? Ada orang kaya selalu terlupa tengok kat bawah sebab dia duit berkepuk. Dia ingat semua orang macam dia.

Nak makan kurma, silakan. Tak ada masalah pun. Tapi janganlah sampai berlebihan sebab kandungan garam kaliumnya tinggi. Gula pun tinggi. Madu walaupun bagus bukanlah boleh digunakan pada bayi kurang 1 tahun kerana kita risaukan dalamnya ada spora Clostridium botulinum yang menyebabkan botulism. Madu juga gula. Ia tetap mempunyai kalorinya sendiri maka berpadalah. Tak perlu pun minum madu bila dalam makanan dan minuman seharian dah penuh dengan gula yang kita tak nampak, atas sebab kita nak menjaga kesihatan lah kononnya. Habbatussauda bukan penawar segala penyakit seperti mana ramai yang menafsirkan hadith Rasulullah secara literal.

Saya juga sungguh tak faham dengan bani pantang tegar yang sibuk memperjuangkan makan sihat hanya 42 hari. Mereka tak faham dengan maksud saya yang sangat jelas iaitu, jaga pengambilan kalori dengan sukatan yang betul tu untuk selamanya. Bukan 42 hari saja. 1 dalam 3 wanita kita gemuk atau obes. Tu pantang apa tu ya. Tak payahlah menipu diri sendiri.

Kita kenalah belajar mengira kalori. Yang kita makan mesti kurang dari yang kita dah hilang melalui aktiviti fizikal dan fungsi asas tubuh. Kalau wanita umur 41 tahun macam saya, yang joging 3-5 km sehari, kalau makan 2000 kcal sehari, memang obes la jadinya. Lepas tu depan doktor dok cakap, yang dia makan sikit. Sikit apa kalau dah 2000 kcal sehari. New Casinos Online in Australia Table of Contents. http://vozhispananews.com/mgm-national-harbor-poker-room-phone-number/ Segala lemak di badan tu bukan datang sebab kita sedut udara, kita bukan belon. Tu semua adalah sebab kita yang masukkan makanan dan minuman tu ke dalam mulut kita.

Kita kenalah tahu, kalori dalam ayam goreng lebih tinggi dari ayam bakar. Kena sedar, kalori dalam ayam sup lebih rendah dari ayam masak lemak. Nak makan apa-apa, ingatkan pada diri, jumlah kalori yang ada dalam makanan tu. Jangan main tala.

Ramai orang fikir mereka kena ikut regim diet yang ketat untuk hilang berat badan. Dalam jangka masa tertentu. Tu silap. Dan salah.

Makan secara sihat adalah amalan sepanjang hayat. Sebelum berangan nak mulakan program diet yang entah apa-apa tu, tanya diri, boleh ke kekalkan makan tu saja sampai mati? Kalau tak boleh, maka diet tu tak betul.

Tak ada satu pun makanan dalam dunia ni yang lagi superior dari yang lain. Kepelbagaian makanan tu penting untuk kita dapat segala khasiat yang ada. Sayur warna oren atau putih, mestilah lain nutrisinya berbanding yang hijau. Variasi kan makanan kita tu. Yang kelakar, setiap tahun senarai superfood yang menjadi idola orang tu berubah. Aik, kalau superfood sangat takkan lah sentiasa lain-lain. Contoh quinoa. Sibuklah sangat nak makan quinoa, padahal harganya mak ai. Pengsan. Tak payah pun sampai ke situ. Cukuplah dengan apa yang ada dalam negara kita ni.

Nak mengikut diet Mediterranean sebab tulah yang tengah popular sekarang? Boleh. Tapi mampukah kita nak bagi makan semua orang dalam keluarga kita. Bukan murah kalau bekalan bahan mentah tu diimpot. Any trademarks listed are “fair use” but may be removed upon request. https://myhomes.tv/1115-s-casino-center-las-vegas-nv/ Dan tolong jangan dok bermegah nak suruh pakat yang lain ikut, sebab ramai di luar sana hanya berlaukkan telur sebagai protein. Itu pun kalau ada.

Ikut pinggan sihat Malaysia tu adalah cara makan yang terbaik kerana ia adalah hasil kajian saintifik dan ia telah menjadi garis panduan diet KKM. Kita kan orang Malaysia. Kenapa nak ikut diet yang mahal. Kalau mampu tak apalah, tapi jangan perkecilkan mereka yang tak boleh nak beli.

Saya bekerja dengan pesakit-pesakit yang bukan orang kaya. Saya bertanggungjawab pada mereka bab diet juga dalam ilmu yang terhad. Tapi yang saya sentiasa pesan, makan apa pun bersederhana.

Duit banyak kan? Nak beli ayam, sayur dan buah organik, silakan. Tapi kena tahulah yang ayam biasa tu bukannya dicucuk hormon pun, mereka besar dalam masa 120 hari sebab bakanya dikacuk dan diberi makan makanan yang berkhasiat. Tak ada kerja nak pergi bagi suntikan pada beratus ribu ayam dalam reban komersial. Mengarut.

Orang kaya dok sibuk nak telan segala suplemen, sedangkan pesakit saya nak beli ayam pun susah. The top operators usually optimize their https://kellyrobbins.net/casino-de-la-vallee-spa-saint-vincent/ site to work on mobile devices. Kalau kita tak beli, bani suplemen kata kita berkira bab kesihatan. Ek eleh, kalau betul lah penting sangat, meh sini bagi percuma.

Apakah adil untuk saya suruh pesakit saya beli suplemen yang macam doktor cap ayam suruh supaya saya dapat komisyen? Kononnya supaya mereka sihat. Padahal suplemen yang tak payah diambil tu dah disenaraikan oleh Cancer Research Fund sebagai salah satu risiko untuk kanser.

Hak untuk sihat adalah hak milik semua orang. Bukan hanya orang kaya.

Dr. Ninie
Sentiasa letakkan diri di tempat pesakit. Bukan suruh pesakit ikut gaya hidup saya.