BURNOUT Boleh Bunuh Kegembiraan Dan Matikan Cita-Cita. BURNOUT Lebih Banyak Berlaku Pada Wanita. Kita semua ada cita-cita. Apabila kita bercerita tentang cita-cita itu, kita rasa seronok, teruja, hati berdebar dan mata pun boleh jadi besar bersinar. Kita mula letakkan sasaran tinggi, buat perancangan rapi, bangun pagi dengan penuh semangat kerana kita percaya setiap hari kita pasti akan kuat bekerja untuk mendekati cita-cita kita. Setiap hari kita ada rutin. Lakukan itu, lakukan ini. Buat kerja di sana, buat kerja di sini. Sanggup kurangkan tidur malam, kerja sekuatnya, korban masa berehat dan makan pun apa yang ada. Rutin ini berlangsung hari demi hari demi hari demi hari demi hari… Sehingga tiba di satu hari, kita rasa lesu, lemah dan kurang tenaga. Apabila memikirkan tentang cita-cita kita yang besar itu, kita mula rasa ia satu beban dan kita sudah tidak lagi teruja. Kaki rasa berat mahu buat perkara yang sudah dirancang. Tubuh rasa berat mahu bangun pagi akibat penat, rasa mahu baring dan tidur sahaja. Kepala pusing dan idea-idea kreatif hilang. Semangat berkurang dan rasa runsing tanpa sebab pula berganda datang. Yang paling berat ialah mulut. Mulut rasa berat mahu ceritakan rasa yang terbuku di hati. Mungkin kerana malu jika orang tahu semangat semakin mati. Mungkin juga kerana takut jika orang sindir dan caci. Dalam keadaan begini, mengalirlah air mata terutama ketika bersendiri. Kita juga lebih suka asingkan diri dan adakalanya rasa mahu larikan diri. Kita masih ada sedikit rasa mahu capai cita-cita itu. Tapi cita-cita itu kita rasakan semakin jauh, makin sukar mahu dicapai. Sedangkan dulu cita-cita itu buat rasa teruja. Tapi sekarang memikirkan cita-cita itu buat perasaan semakin terbeban. Tuan cikpuan pernah rasa begini? Sedang rasa begini? Jika ini yang dirasai ketika ini, ketahuilah yang anda sedang mengalami BURNOUT. fhddv Burnout adalah lebih teruk daripada stress dan lebih teruk daripada kepenatan (exhaustion). Sekiranya ini yang sedang dilalui, anda perlu segera bertindak untuk kembali teruja dengan cita-cita indah dan murni anda itu. Saya pernah alami burnout kerana terlalu komited kepada kerjaya. ???? ???????? ????????? Saya pernah alami burnout kerana mahu segera capai cita-cita. ???? ?????? 2024 ? Saya pernah alami burnout kerana saya terlebih percaya yang saya boleh buat segala perkara sebagai isteri, ibu, majikan, anak yang baik dan semuanya. ? Bagaimana saya atasi burnout? Tindakan yang paling berkesan ialah belajar untuk relaks. Ya, BURNOUT (lesu upaya) ubatnya ialah RELAXATION (istirahat). Bagaimana mahu relaks dengan betul? Apa yang perlu dibuat untuk kurangkan dan hilangkan rasa burnout? InsyaAllah saya akan kongsikan lagi. #PuanMary #ISurvivedBurnout